Harian Metro

JDT tetap waspada ancaman MIFA

- Rizar Mohd Noor sukanteam@nstp.com.my

Johor Darul Ta’zim (JDT) perlu waspada dengan aksi ‘luar biasa’ barisan pemain MIFA apabila kedua-dua pasukan bertembung pada aksi pembuka tirai Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam ini.

Jika dinilai prestasi semasa, JDT bimbingan Raul Longhi berada di tahap kualiti yang terbaik dan tidak berdepan masalah untuk memulakan aksi piala berprestij dengan langkah kanan.

Namun, skuad Harimau Selatan harus bersedia dengan corak permainan pantas anak didik K Devan yang tampak gemar beraksi agresif dan cepat menutup ruang bagi mengelak gawang mereka dibolosi.

Keupayaan MIFA menamatkan saingan Liga Perdana di tangga ketiga beri gambaran betapa pasukan itu mampu melakar kejutan dan pasti pertembung­an menentang JDT amat ditunggu barisan pemain Devan untuk membuktika­n keupayaan mampu menewaskan pasukan berstatus juara.

Bagi memastikan tiga mata tidak terlepas kepada MIFA, kepakaran Longhi ditagih untuk membentuk kesebelasa­n yang mantap tanpa memperleke­hkan keupayaan pasukan lawan yang mampu lakar kejutan.

Longhi bakal mempertaru­hkan Fernando Marquez mengemudi jentera serangan dan terpaksa membuat rombakan kecil di posisi sayap kanan ketika ketiadaan Safawi Rasid yang kini bersama skuad bawah 23 tahun (B-23) bagi persiapan Sukan Asia di Jakarta-Palembang yang bermula pertengaha­n Ogos ini dan belum pasti siapa yang akan mengisi kekosongan posisi sayap kanan.

Di posisi tengah, pengendali kelahiran Argentina itu tidak berdepan masalah untuk menyenarai pemain yang akan menggalas tugas mengemudi bahagian berkenaan sambil kapten Hariss Harun, Fernando Elizari, Natxo Insan, Afiq Fazail, Nazmi Faiz Mansor dan Safiq Rahim sedia diturunkan.

Malah, benteng pertahanan yang ampuh apabila hanya melepaskan enam gol sepanjang 22 perlawanan liga elit domestik sudah cukup menceritak­an betapa gandingan Marcos Antoni dan Mohd Fadhli Shas sambil dibantu S Kunanlan dan Corbin Ong boleh dianggap barisan pertahanan terbaik untuk skuad Harimau Selatan.

Apapun, JDT tidak boleh terlalu ghairah untuk menewaskan MIFA kerana jika tersilap percaturan maka padah bakal menimpa walaupun kelebihan terletak kepada skuad Harimau Selatan tatkala beraksi di laman sendiri namun setiap pemain harus bertenang dan mengikut arahan taktikal Longhi bagi memburu kemenangan pertama.

 ??  ?? LONGHI (tengah) pertaruh Marquez kemudi jentera serangan.
LONGHI (tengah) pertaruh Marquez kemudi jentera serangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia