Harian Metro

MANFAATKAN GERAN

-

Geran peruntukan bagi projek kecil luar bandar perlu dikembalik­an semula demi manfaat kepada masyarakat khususnya di luar bandar, bukan disimpan dalam akaun persatuan tanpa sebarang kegunaan.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan negeri Datuk Lee Kim Shin berkata, setiap tahun kerajaan negeri memperuntu­kkan sejumlah wang supaya boleh digunakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melaksanak­an aktiviti mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri Senadin itu berkata, sekiranya peruntukan berkenaan tidak digunakan, ia bertentang­an dengan matlamat asal pemberian geran itu dan tidak memberi kesan positif kepada masyarakat menerusi pelbagai program.

“Kerajaan negeri meneruskan pemberian geran untuk projek kecil luar bandar supaya penduduk pedalaman mendapat manfaat daripada pengagihan peruntukan itu.

“Jika ada NGO yang mendapat geran tapi tidak guna sebaik mungkin, ia sudah bertentang­an dengan matlamat asal kerajaan negeri yang mahu ia (geran) dimanfaatk­an untuk masyarakat,” katanya di pejabatnya di sini, semalam.

Sebanyak 31 persatuan dan NGO di utara Sarawak menerima peruntukan RM245,000 disampaika­n kepada wakil persatuan dan NGO di pejabat wakil rakyat itu.

Kim Shin berkata, walaupun peruntukan yang diberikan itu tidak besar, ia harus digunakan sebaik mungkin dan mampu membawa kebaikan kepada masyarakat luar bandar.

Kerajaan negeri harap persatuan, NGO menggunaka­n sebaik mungkin amanah diberi

 ?? Kim Shin ?? Jika ada NGO yang mendapat geran tapi tidak guna sebaik mungkin, ia sudah bertentang­an dengan matlamat asal kerajaan negeri yang mahu ia (geran) dimanfaatk­an untuk masyarakat”
Kim Shin Jika ada NGO yang mendapat geran tapi tidak guna sebaik mungkin, ia sudah bertentang­an dengan matlamat asal kerajaan negeri yang mahu ia (geran) dimanfaatk­an untuk masyarakat”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia