Harian Metro

GALAK SENI TARI DI SEKOLAH

- Rafiqah Dahali cnews@nstp.com.my

Atas dasar mahu berkongsi keunikan dan mempromosi­kan seni tari, Harlina Anuar, 27, menyimpan impian menjelajah ke semua sekolah di seluruh pelosok negeri Sabah.

Bagi Harlina, dia mahu mendekati dan menarik lebih ramai golongan remaja serta belia untuk aktif dalam seni berkenaan yang dianggap amat bermanfaat.

Lulusan Diploma Seni Tari Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ini mahu berkongsi pengetahua­n dimiliki selain menggilap bakat muda dalam seni tari di Sabah.

“Selepas menamatkan pengajian dan pulang ke negeri kelahiran, saya memang menantikan peluang untuk berkongsi pengalaman dan pengetahua­n berkaitan seni tari bersama pelajar serta murid sekolah khususnya.

“Malah sekarang saya bekerja sebagai artis budaya yang bernaung bawah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah. Sebenarnya ramai belia memiliki bakat dalam tarian tapi tidak dapat bimbingan sewajarnya,” katanya.

“Sebagai anak jati Sabah yang aktif dalam bidang ini, saya sentiasa mengintai peluang untuk mendekati golongan muda seterusnya berkongsi pengetahua­n bersama mereka,” katanya.

Gadis Tawau ini berkata, dia juga menyimpan hasrat melahirkan lebih ramai penari profesiona­l dalam kalangan remaja dan membawa mereka ke peringkat lebih tinggi.

Menceritak­an pengalaman dalam bidang seni tari, anak ketiga daripada lapan beradik ini mengakui tidak mudah untuk mencapai apa yang diimpikan.

“Memiliki diploma dalam bidang ini tidak bermakna saya sudah menjadi penari hebat, masih banyak perlu dilakukan, perjalanan juga masih jauh.

“Sebelum ini saya langsung tidak tahu mengenai seni tari hinggalah memasuki ASWARA. Jadi apabila sudah ada ilmu saya mahu berkongsi dengan orang lain pula.

“Setiap gerak tari juga ada cabaran tersendiri, tarian paling sukar untuk saya kuasai ialah balet. Penari perlu memiliki tubuh yang fleksibel dan saya pula tidak memiliki ciri diperlukan bagi menepati standard diperlukan untuk tarian berkenaan,” katanya.

Harlina menambah, ada masanya seni tari membuatkan­nya berasa tertekan tetapi apa yang penting, dia tidak berputus asa.

“Tekanan itu datang jika saya berasa persembaha­n tidak mencapai standard yang dimahukan. Kalau mahu pergi jauh dalam bidang ini, saya harus menonjol dan berdepan cabaran yang sangat sengit daripada penari lain, terutama yang sudah ada bimbingan asas sejak kecil lagi,” katanya.

Biarpun didedahkan kepada pelbagai tarian moden, Harlina mengakui pengetahua­nnya dalam tarian tradisiona­l etnik khususnya berasal daripada Sabah masih kurang.

Berikutan itu

Harlina, bertekad untuk mempelajar­i dan menerokai seni tari tradisiona­l agar dirinya lebih bersedia, tidak kekok dan memiliki pengetahua­n mengenai apa mahu dikongsika­n nanti.

Sehingga kini, dia terbabit dalam banyak persembaha­n di dalam dan luar negara bagi memenuhi tuntutan kerja di samping memperkemb­angkan bakat.

 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia