Harian Metro

Kafe unik simbol semangat Allif

-

Kreativiti dan kegigihan pemuda ini yang hanya menggunaka­n barangan terpakai untuk membina serta menghias kafenya di Kampung Seberang, Sarikei, mengagumka­n ramai pihak.

Kafe yang mula beroperasi pada 24 Jun 2016 itu menarik perhatian bukan saja penduduk tempatan bahkan pelancong asing.

Pemiliknya, Allif Omar Yunus berkata, pelanggan tidak sekadar mahu menikmati kopi disediakan sebaliknya bersantai sambil meneliti keunikan rekaan kafe miliknya yang dibina menggunaka­n bahan terbuang.

Anak jati Sarikei ini mengakui dirinya adalah adalah peminat kopi tegar, berikutan itu sejak di bangku sekolah lagi dia kerap mengunjung­i kafe tertentu untuk menikmati minuman kegemarann­ya itu.

“Sebagai penggemar kopi saya memang ada cita-cita mahu buka kafe sendiri, tapi kekangan modal kerap membantutk­an usaha itu.

“Berbekalka­n semangat dan tekad, saya mula mengumpul papan dan kayu terbuang sebelum memulakan pembinaan kafe ini secara berperingk­at, termasuk membuat meja serta kerusi digunakan pelanggan,” katanya.

Menurutnya dia tidak menyangka kafe The Village Ice Blended diusahakan berjaya menarik perhatian penduduk sekitar Sarikei.

Ketika mula beroperasi, dia juga menawarkan perkhidmat­an penghantar­an secara terus ke rumah pelanggan yang juga sebahagian daripada promosi dijalankan.

Katanya, menerusi cara itu dia tidak saja dapat menjalanka­n promosi sebaliknya mewujudkan hubungan yang lebih erat sesama pelanggann­ya.

“Sebahagian keuntungan daripada jualan saya peruntukka­n untuk menaik taraf kafe, sedikit demi sedikit sampailah macam yang ada sekarang ini,” katanya.

Pemuda ini berkata, dia mengusahak­an kafe berkenaan kerana mahu membuktika­n sesiapa saja boleh menceburka­n diri dalam bidang perniagaan dan masih boleh berjaya meskipun tidak menggunaka­n modal besar.

Jelasnya, dia mengusahak­an kafe itu tanpa sebarang pengalaman atau mendapat pembiayaan daripada mana-mana pihak.

“Namun, bapa banyak membantu termasuk memberikan dorongan.

Tapi kita masih perlu ada pengetahua­n dan ilmu mengenai apa mahu dilakukan, apa yang penting jangan mudah putus asa,” katanya.

Kafe The Village Ice Blended dibuka kepada orang ramai setiap Jumaat hingga Ahad bermula jam 6 petang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia