Harian Metro

REZEKI NELAYAN TERGUGAT

Penceroboh asing guna taktik licik tangkap hasil laut perairan Sarawak

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@nstp.com.my

Penceroboh­an bot nelayan asing terutama dari Vietnam bukan perkara baru bagi nelayan tempatan yang terpaksa ‘bersaing’ mencari hasil laut di perairan negara, khususnya Sarawak.

Penceroboh­an di Laut China Selatan sejak beberapa tahun lalu ternyata merunsingk­an nelayan yang mengalami kerugian besar kerana hasil laut bernilai tinggi ‘dirompak’ orang asing.

Bagi nelayan yang hanya mahu dikenali sebagai Bujang, 45, masalah penceroboh­an bukan perkara asing bagi mereka kerana masih berulang.

Menurutnya, pelbagai taktik digunakan nelayan asing antaranya menggunaka­n nombor pendaftara­n bot nelayan tempatan yang boleh mengeliruk­an pihak berkuasa.

“Komuniti nelayan akan menyalurka­n maklumat kepada

Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) sekiranya terserempa­k dengan kapal nelayan asing menangkap ikan dalam perairan negara.

“Namun kehadiran mereka sekarang sukar dikesan berikutan menggunaka­n nombor pendaftara­n sama seperti nelayan tempatan. Bot mereka besar, maka hasil laut yang dirompak membabitka­n kuantiti tinggi,” katanya.

Penduduk tempatan, Abu Bakar Gani, 34, berkata, aset yang lebih canggih diperlukan pasukan penguat kuasa bagi mengekang aktiviti penceroboh­an nelayan asing.

Katanya, agensi penguat kuasa juga perlu meningkatk­an lagi kekerapan rondaan kerana ia boleh mengehadka­n pergerakan nelayan asing yang mahu menceroboh perairan negara.

“Perairan yang luas menyukarka­n APMM melakukan pemantauan dengan berkesan, maka kerajaan perlu sediakan aset lebih baik dalam jumlah mencukupi.

“Apa yang dibimbangk­an, nelayan tempatan akan kehilangan punca pendapatan sekiranya masalah ini tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak berwajib,” katanya.

 ?? FOTO AWANG AZMIL ?? ANGGOTA Maritim memeriksa ikan hasil tangkapan di atas bot nelayan asing yang dirampas. ANGGOTA Maritim
memeriksa bot nelayan asing yang
dirampas.
FOTO AWANG AZMIL ANGGOTA Maritim memeriksa ikan hasil tangkapan di atas bot nelayan asing yang dirampas. ANGGOTA Maritim memeriksa bot nelayan asing yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia