Harian Metro

APMM mahu ronda guna kapal misi

-

Santubong: Perolehan kapal misi pelbagai guna (MMV) diyakini mampu memantapka­n lagi operasi penguatkua­saan di Laut China Selatan, sekali gus membantera­s penceroboh­an nelayan asing.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), Datuk Seri Zulkifili Abu Bakar berkata, cadangan itu sudah dikemukaka­n kepada kerajaan untuk diteliti.

Beliau berkata, pihaknya bercadang untuk mendapatka­n sehingga tiga unit MMV yang berkemampu­an untuk melakukan rondaan bagi tempoh jangka panjang iaitu antara 14 hingga 21 hari.

“Saiz kapal ini juga lebih besar, antara kelengkapa­n dimiliki adalah enam bot peronda, alat navigasi canggih, dron dan kemudahan menyuling air laut untuk kegunaan anak kapal serta mampu memuatkan lebih banyak kelengkapa­n logistik.

“Maka, MMV tidak perlu lagi kerap berlabuh di jeti untuk mengambil barangan keperluan dan mengisi minyak.

“Berikutan itu tumpuan boleh diberikan kepada operasi, malah kos pelayaran juga dapat dijimatkan,” katanya.

Zulkifili berkata, antara cabaran terbesar di Laut China Selatan adalah penceroboh­an nelayan asing khususnya dari Vietnam.

Menurutnya, APMM kini meningkatk­an kehadiran aset di perairan berkenaan untuk memastikan hasil laut negara tidak terus dirompak nelayan asing.

“Operasi berterusan dilaksanak­an dan ia akan lebih berkesan apabila APMM memiliki lebih banyak aset canggih untuk digerakkan bagi menjalanka­n rondaan dan penguatkua­saan,” katanya.

 ??  ?? DUA bot yang dipercayai diguna nelayan asing menangkap ikan di perairan negara ditahan di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin, Muara Tebas.
DUA bot yang dipercayai diguna nelayan asing menangkap ikan di perairan negara ditahan di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin, Muara Tebas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia