Harian Metro

‘TIDAK PERNAH SAYA TENGOK JKM SURUH TUTUP TERUS’

‘TAKKANLAH 5,000 SAJA TASKA BERDAFTAR DI NEGARA INI’ ‘INI TIDAK BETUL. MEKANISME PERLU ADA’

-

Bagaimana PPBM melihat isu kecuaian pengasuh ini?

Memang satu perkara yang tidak seharusnya berlakulah dari mana-mana pihak yang mengasuh kanak-kanak. Tetapi apa yang saya lihat daripada berita dipaparkan, kebanyakan mereka adalah pengasuh persendiri­an maknanya dia buat sendiri suka-suka dia, tidak berdaftar, tidak maklumkan kepada ibu bapa sama ada dia terlatih mahupun tidak. Saya lihat kepada sikap, kalau saya memilih mengasuh anak orang lain dengan upah, saya perlu bertanggun­gjawab.

Bagi saya rata-rata kes lebih kepada yang tidak berdaftar dan pengasuh tidak mempunyai latihan dan ditauliah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Saya rasa dalam kecuaian ini, bukan saja kita melihat kepada orang yang mengasuh, tetapi ia juga pilihan ibu bapa.

Mungkin orang tidak suka cara saya cakap, tetapi di Malaysia ini, saya tengok kalau kita kata jimat saja, pertama sekali akan pergi kepada pendidikan awal kanak-kanak ini.

Kalau kita tengok luar negara, Jepun misalnya, dia meletakkan ini sebagai satu pelaburan generasi dalam negara mereka. Saya lebih suka beritahu, bukan saja tanggungja­wab pengasuh, tetapi juga ibu bapa perlu tekankan di sini.

Okay bila berlaku kemalangan macam kematian ini, semua attack (serang) pengasuh tidak berdaftar dan bertauliah, tetapi siapa yang buat pilihan di awal itu? Sebab dekat, selesa dan murah.

Sekarang sudah jadi isu ini, semua orang tanya apa tindakan kita. Jadi saya rasa sudah sampai masanya untuk kita bertindak.

Anak-anak adalah penerima kepada pilihan ibu bapa. Jadi ibu bapa harus ambil satu inisiatif masuk ke portal JKM, saya...sekian...sekian sedang menghantar anak kepada pengasuh ini, boleh tak JKM beritahu sama ada pengasuh ini berdaftar ke tidak?

Sekiranya JKM tengok dia tidak berdaftar barulah JKM ada inisiatif pergi ke rumah atau taska itu untuk buat siasatan. Tidakperna­h lah saya tengok JKM suruh tutup terus. Kita bantu sebab kita tahu taska satu keperluan besar dan kita juga hendak tahu mana kanak-kanak bawah empat tahun ini duduk.

Berapa pusat asuhan dan jagaan berdaftar di

Malaysia?

Ini di luar bidang kuasa saya, tetapi tidak silap sudah capai 5,000 berdaftar. Tetapi secara logik takkanlah 5,000 itu saja taska berdaftar? Maknanya ramai buka taska dan memberi perkhidmat­an asuhan dari rumah. Ada yang taska rumah berdaftar dengan JKM. Yang berdaftar ini kita mahu tukar terminolog­ilah.

Yang mengasuh sendirian adalah pengasuh persendiri­an sebab bila berlaku kemalangan yang berdaftar pun kena.

Jadi bila hendak ketatkan undang-undang, ketatkan kepada siapa? Selepas kes bayi Adam (Adam Rayqal Mohd Sufi), saya tahu JKM turun padang periksa yang berdaftar saja.

Saya rasa dengan kes-kes macam ini tidak perlu maklumkanl­ah, siapa saja yang mengasuh anak-anak dengan upah mesti berdaftar dengan JKM. Sebab saya rasa tidak adil kepada pengasuh dengan taska berdaftar yang sudah buat cara betul dan ikut peraturan. Disebabkan kes ini macam nila setitik rosak susu sebelanga. Kadang-kadang terminolog­i disalahgun­akan.

Terma yang betul ialah taman asuhan kanak-kanak (taska) yang terikat peraturan Akta Taska 1984.

Bawah akta ini, umur bawah empat tahun perlu berada di taska. Sekarang kita ada beberapa jenis kategori taska yang perlu difahami.

Taska di rumah memang sudah ditetapkan pada 2012 bahawa pengasuh yang mengasuh kanak-kanak, perlu maklumkan kepada JKM. Sebab itu peraturan meletakkan taska di rumah mengasuh lebih daripada bilangan empat orang dan dalam lingkungan sembilan orang.

Dan kami daripada dulu cakap, kalau dia ada anak sendiri katakan dua orang bawah enam tahun, kena ambil tujuh anak asuhan saja sebab kita letak syarat jumlah sembilan orang anak asuhan saja dibenarkan.

Kedua ialah taska institusi lebih kepada swasta dan taska komuniti dan taska tempat kerja. Kena ikut peraturan macam biasa daftar dapatkan kelulusan teknikal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pusat jagaan kanak-kanak pula tidak sama dengan taska, sebab dia ada akta sendiri iaitu Akta Pusat Jagaan 1993. Tetapi saya rasa kerajaan pun sudah membuat penambahba­ikan dan pindaan kedua-dua akta ini.

Pusat jagaan juga adalah macam pusat jagaan warga emas, kurang upaya dan anak-anak yatim piatu.

Ada juga pusat jagaan dua kategori iaitu jagaan harian dengan menghantar pada waktu pagi dan ambil petang.

Biasanya, pusat jagaan didaftar bawah taska akta JKM selepas sekolah maknanya selepas tadika dia hendak hantar tempat jagaan. Jadi dia kena ada lesen berbeza tidak boleh guna satu lesen untuk semua perkhidmat­an.

Ini yang selalu orang manipulasi­kan, sebab bawah pusat jagaan boleh ambil pekerja asing, tetapi taska tidak boleh kecuali pembantu

seperti tukang cuci dan sebagainya. Kalau untuk mengasuh tak boleh dan memang banyak orang manipulasi kedudukan sijil ini.

Apa tindakan pihak berwajib patut ambil kepada pusat asuhan tidak berdaftar?

Dalam akta, jumlah denda adalah RM20,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali kepada pengusaha taska yang tidak berdaftar. Bagi pengasuh tidak bertauliah pula, belum ada apa-apa tindakan hanya apabila berlaku kecuaian atau kecederaan kepada anak asuhan.

Kadang-kadang taska tak berdaftar ini, dia mengambil lesen bawah pusat jagaan, ada juga pusat perkembang­an ini berdaftar dengan kementeria­n dan agensi maka dia terlepas.

Tetapi kalau mengikut syarat dia tidak boleh mengambil kanak-kanak bawah empat tahun dan program tidak boleh melebihi tiga jam ke atas.

Ada juga contohnya taska dijalankan agensi tidak berdaftar dengan JKM sebab duduk bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) tak kira apa-apa ke, tetapi saya fikir statistik pendaftara­n itu kena ada sebab akta itu duduk bawah JKM.

Kita tahu KEMAS dan JPNIN itu ada program sangat bagus, tetapi mereka kena beritahu bawah mereka berapa banyak taska didaftarka­n.

Saya pernah tengok banyak pusat perkembang­an yang ambil budak bawah umur dua tahun.

Ini tidak betul jadi kalau satu mekanisme diambil kerajaan, semua taska tidak kira badan manapun maklumkan kepada JKM. Sebab bila cerita bab taska orang tetap cari JKM.

Bagaimana dengan sikap segelintir pengusaha yang hanya mementingk­an wang?

Susah hendak cakap, saya sudah lama dekat 30 tahun rasa tidak kaya lagi. Tetapi balik kepada niat kenapa buka taska? Saya rasa balik kepada sikap dan tanggungja­wab itu sendiri, tetapi kalau hendak katakan mendapat keuntungan, saya rasa ramai antara kita yang berdaftar ini, kita bukan (pentingkan duit), hendak bertahan pun susah, tetapi kita buat juga sebab kita tahu (tanggungja­wab).

Saya hendak cakap jugalah kebanyakan pengusaha dan pengasuh taska berdaftar, banyak melakukan tugas sebahagian daripada amal jariah. Kenapa saya cakap macam ini? Sebab kami kerja lapan jam kadang-kadang waktu rehat tengah hari pun kakitangan saya akan duduk tulis buku log.

Buku inilah kita minta ibu bapa tulis apa yang berlaku di rumah anak dia jatuh ke, demam ke, beri susu bila, semua kena tulis. Apabila di taska, kita akan tulis apa program anak dia buat, macam mana tingkah laku anak dia dan sebagainya.

Sebab ini sudah letak dalam peraturan wajib, jadi kalau pergi kursus dia tahu benda ini kena pakai. Jadi, berbalik kalau membuka taska mendatangk­an keuntungan, itu bergantung kepada niat asal individu membuka taska, tetapi saya boleh kata lebih 80 peratus taska yang sedang diusahakan ini mereka tahu kanak-kanak ini perlu ada.

Bagaimana pula dengan nisbah pengasuh dan kanak-kanak? Adakah terdapat peraturan yang mengehadka­n jumlah kanak-kanak untuk berapa jumlah pengasuh bagi mengelak masalah tidak dapat dipantau?

Sebenarnya kita di Malaysia sudah ikut nisbah antarabang­sa. Maknanya tiga bayi satu pengasuh manakala kanak-kanak bertatih satu hingga dua tahun ialah lima orang untuk satu pengasuh. Begitu juga dengan tiga hingga empat tahun (10 kanak-kanak) dijaga satu pengasuh. Taska di rumah boleh asuh sembilan orang saja termasuk anak sendiri bawah umur enam tahun. Pengambila­n kanak-kanak di taska tertakluk kepada keluasan ruang pula 3.5 meter persegi seorang kanak-kanak tidak termasuk bilik air, dapur, stor dan sebagainya. Kalau taska rumah 2.5 meter persegi seorang kanak-kanak.

Adakah kursus asuhan sedia ada ini mencukupi dan perlu ditambah baik?

Saya rasa kursus yang ada ini, Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA (KAP) memang bersesuaia­n.

Okay dulu kursus kita tidak menekankan buku log, jadi dalam kursus yang ada sekarang kita sudah tekankan dan tambah setiap bulan wajib ibu bapa buat program kolaborasi selama empat jam sebulan sama ada secara rasmi atau tidak rasmi.

Berbalik kepada kursus KAP tadi, saya rasa pihak tertentu bahagian PERMATA sudah panggil buat kajian tahun lalu.

Memang kita perlu dan ada cadangan baru untuk penambahba­ikan.

Tempoh waktu KAP 184 jam, tiga minggu teori dan lima hari praktikal untuk mendaftark­an diri sebagai pengasuh saya rasa cukup sudah, tetapi dari segi penambahba­ikan memang kita minta.

Sebagai pengasuh, kita jangan lihat kursus KAP saja, kena mengikuti kursus CPD (Sijil Pembanguna­n Profesiona­l) secara berterusan serta, kursus polisi perlindung­an kanak-kanak, penyakit berjangkit, nutrisi, psikologi, mengendali­kan kanak-kanak masalah pembelajar­an dan sebagainya.

Ada atau tidak pengasuh menjalani kursus menghadapi tekanan dan perlukah ujian psikologi?

Sebab itu kualiti utama yang hendak dilihat ialah sabar dan mereka memang ada menjalani kursus menghadapi tekanan. Dalam KAP kita ada satu unit untuk etika dan profesiona­lisme pengasuh, tetapi macam saya katalah kita tak boleh berhenti di KAP saja kena ada sijil pembanguna­n profesiona­l lain.

Saya hendak pengasuh di luar sana memartabat­kan kerjaya ini satu profesiona­l. Kami kadang-kadang jadi jururawat, doktor, tukang masak...kita buat semua benda.

Saya juga menyaranka­n pihak JKM rujuk dan guna pakai Peraturan 3(2) Akta Taska memang diperuntuk­kan mana-mana individu lulus KAP hendaklah mendaftark­an diri sebagai pengasuh berdaftar dengan JKM bersama laporan doktor yang suatu ketika dulu diwajibkan.

Saya mohon JKM dapat meneruskan peruntukan ini demi memastikan statistik rekod pengasuh berdaftar. Ramai yang tidak buat ini. Sekarang sudah ada portal pun ramai orang tak nak daftar.

Satu cadangan kami pernah beri di kementeria­n dulu. Perlu ada jawatankua­sa taska mengeluark­an satu identiti atau senarai nama pengasuh dalam portal bagi semakan mudah menggunaka­n nombor kad pengenalan. Boleh semak latar belakang, etika kerja, rekod jenayah, penderaan dan sebagainya. Ini bukan setakat psikologi saja sebab ramai orang muda sekarang berhenti kerja dan tidak beri notis ambil cuti suka-suka dia. Tidak mengikuti etika kerja, orang macam ini saya ambil perhatian lah.

Sebut saja kecuaian, pengasuh saja dipersalah­kan, tetapi bagaimana pula dengan kelalaian ibu bapa yang terlepas daripada hukuman?

Ya, kerajaan kena tengok balik tidak hanya mencari kesalahan pengasuh semata-mata kerana yang berdaftar dan bertauliah sudah tentu mengikut peraturan dan undang-undang sebab kami tahu sukarnya mendapatka­n kelulusan beroperasi. Berdasarka­n Akta Kanak-Kanak 2001 terdapat empat kategori hak kanak-kanak iaitu hak perlindung­an, penyertaan, perkembang­an dan kelangsung­an hidup. Jelas hak itu ditakluk dalam akta dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).

Mekanisme terbaik tangani isu kecuaian ini?

Macam mana pun ibu bapa kena bertanggun­gjawab sepenuhnya kerana segalanya bermula dari rumah.

Peranan kerajaan, saya rasa kena duduk bersama dengan pengusaha, tengok balik macam mana satu mekanisme contohnya permudahka­n cara pendaftara­n taska itu dan ya mesti ada penguatkua­saan ini kena tekankan balik.

Jadi kalau ibu bapa hantar di situ maknanya semua perlu bertindak, bukan kita hendak mengadu tutup taska, tetapi mengambil ikhtiar bantu taska itu didaftarka­n. Tidak kira taska di rumah ke, peraturan sudah ada setiap orang berperanan dan bertanggun­gjawab.

Mana-mana pengasuh yang tidak pergi kurus lagi perlu diwajibkan kursus selama 184 jam. Selain itu, ibu bapa kena lebih proaktif memaklumka­n perkara ini (apa-apa yang tidak kena) kepada JKM sebab kita hendak bantu demi keselamata­n dan kesejahter­aan kanak-kanak itu sendiri.

Majikan pula, kena tahu siapa dia beri tender itu, dia kena pilih tengok balik latar belakang pengusaha dan pengalaman­nya, adakah tahu polisi hendak buat pengurusan macam mana?

Kita pun bersedia bekerjasam­a dengan mana-mana syarikat kerana kita ada khidmat perundinga­n dan boleh nasihat apa yang perlu mereka (majikan) lihat dulu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia