Harian Metro

Kasih sayang ‘till jannah’

-

daripada ‘pemandanga­n’ yang sering menarik perhatian dan mudah tertangkap oleh mata serta minda saya setiap kali berjalan pergi, balik atau ketika di dalam Masjidilha­ram adalah aksi jemaah warga emas, lebih-lebih lagi pasangan suami isteri.

Melihat kegigihan mereka yang pelbagai bangsa, rupa dan gaya bersusah payah menyahut seruan haji, menghadirk­an seribu satu macam rasa di sanubari.

Ada yang bertongkat termasuk segelintir yang boleh dikategori­kan sudah ‘bongkok sabut.’ Ada juga yang berjalan ibarat bertatih seperti anak kecil kerana kudrat amat terbatas.

Mereka ada kalanya tampak romantis di kaca mata saya apabila suami isteri yang lanjut usia saling berpegang tangan, bantu membantu dan seiringan berjalan penuh kesabaran.

Pastinya, ramai juga yang berkerusi roda untuk bergerak.

Ada yang menggunaka­n khidmat tukang tolak berbayar

dan ada juga yang ditolak oleh pasangan masing-masing.

Amat ‘indah’ dan menginsafk­an apabila melihat suami menolak kerusi roda isteri atau sebaliknya.

“Mungkin ini yang dikatakan cinta sejati..sehidup semati. Kasih sayang

kata budak muda sekarang,” bisik hati saya.

Adakalanya, aksi suami isteri warga emas menjentik sayu di hati kerana mereka mengingatk­an saya kepada arwah ayah dan ibu. Saya terfikir, begitulah agaknya keadaan mereka ketika mengerjaka­n haji dulu. Arwah ayah dan ibu mengerjaka­n haji berasingan dan rezeki itu hadir ketika usia kedua-duanya sudah mencecah 70 tahun. Pergerakan arwah ibu memang banyak bergantung kepada kerusi roda.

Melihat, merenung dan mengamati babak menarik warga emas ini turut membuatkan saya acapkali menyoal diri sendiri...bagaimana pula keadaan saya dan isteri jika Allah panjangkan usia sehingga ke peringkat umur mereka?

Serentak dengan itu, timbul perasaan syukur kerana Allah memberi kesempatan kepada saya untuk menjadi Dhuyufurra­hman pada tahun

ini, biarpun di atas tiket sebagai wartawan yang membuat liputan.

Doa saya, semoga dapat datang lagi ke bumi suci ini bersama isteri dan anak-anak, insya-Allah, pada usia yang tidak terlalu tua. Masih ada kudrat dan tenaga untuk bergerak sendiri, tanpa dipapah atau berkerusi roda. Itulah impian saya.

Di sebalik perhatian yang sering terfokus kepada aksi romantis warga emas, saya juga berasa kagum dan ‘cemburu’ apabila melihat semakin ramai jemaah haji dari Malaysia yang berumur di bawah 40 tahun.

Ada yang berusia lewat 20-an dan baru berkahwin dan ada juga yang baru berusia 22 dan 23 tahun, contohnya adik Muhammad Firdaus Budiman, 22, dan Mohammad Soleh Md Radzai 23, yang kisah mereka disiarkan di Harian Metro, semalam.

Menemu bual golongan jemaah haji muda ini memberi pengajaran kepada saya, kalau nak buat haji tak cukup dengan sekadar memasang cita-cita.

Ia perlu diiringi dengan usaha gigih untuk membuat tabungan, selain perancanga­n rapi untuk tempoh jangka panjang.

 ??  ?? SEORANG jemaah menolak isterinya menggunaka­n kerusi roda dalam perjalanan pergi dan balik ke Masjidilha­ram.
SEORANG jemaah menolak isterinya menggunaka­n kerusi roda dalam perjalanan pergi dan balik ke Masjidilha­ram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia