Harian Metro

berlayar bersama impian

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Destinasi jamu selera perlu dikunjungi

bersama pasangan atau kenalan

Rimbunan bunga berwarna ungu berselang-seli dengan merah jambu menghiasi segenap ruang Flora Kafe di Ampang menerbitka­n suasana romantis buat pasangan untuk menjamu selera.

Penulis tidak menyangka restoran menampilka­n hiasan bertemakan dalam taman itu terletak dalam pusat beli-belah di Jalan Ampang.

Perincian dekorasi yang meriah selain mempunyai ruang persendiri­an jika mahukan privasi, restoran terbabit antara destinasi menjamu selera yang perlu dikunjungi bersama pasangan mahupun kenalan.

Restoran yang mampu memuatkan sekitar 100 tetamu dalam satu masa itu menampilka­n kejutan lain menerusi pilihan menu dengan hidangan tradisiona­l Johor selain sajian barat.

Justeru anak Johor yang rindukan sajian seperti mi bandung, asam pedas, laksa Johor selain air satira boleh mencuba resipi warisan turun temurun keluarga pemiliknya, Fauzyah Razib.

Kata Fauzyah, menu ditampilka­n mempunyai memori mendalam kerana ia sajian yang sering dinikmati ketika pulang ke kampung.

“Resipi ini warisan nenek yang diturunkan kepada ibu saudara dan saudara lain sebelah bapa.

“Boleh dikatakan saya membesar dengan masakan nenek dan ingin berkongsi pula keenakan hidangan ini supaya lebih ramai dapat merasainya.

“Secara mudahnya mereka yang merindui hidangan tradisiona­l Johor boleh menikmatin­ya di sini. Kuah pekat dihasilkan mengikut resipi keluarga.

“Kami berusaha menampilka­n keaslian dalam resipi tetapi kelainan ialah persembaha­nnya mengikut gaya ‘fine dining’ supaya tampak lebih menarik.

“Ia sesuai dengan tatarias ruang kafe iaitu menggunaka­n konsep ala taman yang biasa dilihat dalam majlis perkahwina­n bagi menyuntik elemen romantis.

“Biasa yang berkunjung ke kafe ini ialah pasangan mahu meraikan hari penting selain ada juga datang untuk mengimbas kisah cinta mereka.

“Kami juga menyediaka­n pakej hidangan yang boleh disesuaika­n mengikut tema sama jika pelanggan mahu meraikan majlis tertentu,” katanya.

Bagi penulis, sukar untuk menolak hidangan tradisiona­l yang dinikmati ketika kecil dulu seperti ubi kayu dan cucur udang disajikan bersama sambal tumis.

Kata Fauzyah, pada musim tertentu ada sajian tradisiona­l termasuk tempe goreng bersama sambal kicap serta nasi beriani mengikut permintaan majlis.

 ??  ??
 ?? FOTO ?? NAMA RESTORAN:
Flora Kafe
LOKASI: G8, Ground Floor, Amp Walk Mall, 218, Jalan Ampang, Ampang, Kuala Lumpur
KONSEP HIDANGAN: Barat dan Johor
WAKTU OPERASI: 11.30 pagi hingga 10 malam
MENARIK perincian pada ruang kafe. FAUZYAH menampilka­n resipi keluarga.
SAJIAN pasta antara perlu dicuba.
MENARIK sajian bebola daging. MENARIK persembaha­n pemanis mulut di kafe berkenaan.
MINUMAN yang menggoda selera.
FOTO NAMA RESTORAN: Flora Kafe LOKASI: G8, Ground Floor, Amp Walk Mall, 218, Jalan Ampang, Ampang, Kuala Lumpur KONSEP HIDANGAN: Barat dan Johor WAKTU OPERASI: 11.30 pagi hingga 10 malam MENARIK perincian pada ruang kafe. FAUZYAH menampilka­n resipi keluarga. SAJIAN pasta antara perlu dicuba. MENARIK sajian bebola daging. MENARIK persembaha­n pemanis mulut di kafe berkenaan. MINUMAN yang menggoda selera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia