Harian Metro

UPSI MAHU JADI JUARA

Tujuh daripada sembilan anak terajui perniagaan keluarga, Zainuddin Design

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Dari selatan ke utara. Ini laluan percutian rutin dilakukan LAr Zainuddin Ya bersama anakanakny­a setiap kali cuti persekolah­an.

Tidak sahaja menghabisk­an masa berkualiti bersama keluarga tersayang, bahkan lelaki berusia 64 tahun ini ‘mencuri’ waktu untuk melawat tapak projek binaan landskap yang menjadi kepakarann­ya.

Pendedahan awal Zainuddin mengenai dunia kejurutera­an landskap membuatkan tujuh daripada sembilan anaknya menceburi dunia pekerjaan yang sama, malah bersama-sama menerajui perniagaan keluarga, Zainuddin Design.

Berkecimpu­ng dalam bidang landskap sejak

1973, Zainuddin juga mengendali­kan projek berskala besar termasuk stesen minyak, agensi kerajaan, pembinaan hotel dan residen di seluruh Semenanjun­g Malaysia.

“Saya memiliki sembilan cahaya mata (tiga lelaki dan enam perempuan).

“Sejak kecil, saya sering membawa anak turun padang melawat tapak projek sambil bercerita mengenai bidang kejurutera­an landskap ini kepada mereka.

“Apabila memulakan perniagaan sendiri sejak 18 tahun lalu, saya bersyukur kerana anak-anak tertarik dalam lapangan yang sama, sekali gus meneruskan legasi keluarga pada masa depan.

“Bertindak sebagai mentor dengan berkongsi pengetahua­n dan pengalaman bersamasam­a mereka, saya harus mempersiap­kan diri dengan ilmu, trend dan teknologi terbaru supaya tidak ketinggala­n.

“Sebagai bapa yang mengingink­an kejayaan anak, saya perlu memastikan mereka diberikan semua keperluan bagi memudahkan proses pembelajar­an seperti komputer, perisian, pengangkut­an dan sebagainya.

“Meskipun saya sentiasa menjadi rujukan bagi mereka melakukan tugasan universiti, saya menggalakk­an anak bekerja dalam kumpulan bersama rakan supaya boleh saling membantu serta berkongsi idea,” katanya sambil mengakui sebahagian anak turut bekerja di syarikatny­a.

Memegang konsep percaya, Zainuddin berkata, setiap tugasan diamanah kepada anak diiringi kepercayaa­n dan keyakinan bahawa mereka mampu memikul tanggungja­wab yang diberikan.

Jelasnya, kerja diberikan kepada setiap anak berdasarka­n kelebihan masing-masing.

Sebagai ketua syarikat, beliau sentiasa menekankan aspek disiplin terhadap pekerja tanpa mengira status anak bagi memastikan setiap projek dapat disempurna­kan mengikut tempoh ditetapkan.

Sementara itu, anaknya, Nurul Ashikin, 30, menyifatka­n bapanya adalah mentor terbaik untuk mendalami dunia pekerjaan yang diceburiny­a.

“Saya bekerja dengan ayah sebagai pembantu arkitek dan bertanggun­gjawab melukis pelan projek dalam perisian AutoCAD.

“Saya bertuah dapat bekerja bawah pemantauan ayah kerana sekiranya mempunyai masalah, saya boleh rujuk padanya bilabila masa.

“Selalunya ayah banyak berkongsi mengenai akta, undang-undang dan peraturan.

“Jadi menerusi perkongsia­n itu memudahkan saya untuk memahami kuliah diberikan pensyarah di kelas sebelum ini,” katanya sambil menyifatka­n projek landskap D’Wharf Residence, Port Dickson, Negeri Sembilan sentuhan bapa antara kegemarann­ya.

 ??  ??
 ??  ?? BAPA sentiasa menjadi rujukan Nurul Ashikin.
BAPA sentiasa menjadi rujukan Nurul Ashikin.
 ??  ?? KEPERCAYAA­N dan disiplin asas
pegangan.
KEPERCAYAA­N dan disiplin asas pegangan.
 ??  ?? ZAINUDDIN
ZAINUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia