Harian Metro

LANUN RIMBA

Terengganu tanggung kehilangan sumber alam bernilai ratusan juta ringgit dijarah pembalak haram

- Rosli Zakaria dan Fitri Nizam cnews@nstp.com.my

Ditembak, diugut bunuh, diacu parang dan pergerakan keluarga serta rumah diintip antara cabaran dihadapi penguat kuasa Jabatan Perhutanan Terengganu untuk mempertaha­nkan khazanah negeri berkenaan. Cukup mustahil untuk memantau 544,000 hektar hutan simpan dengan 150 penguat kuasa tetapi mereka tidak mahu lanun rimba terus rakus mengaut untung besar, lapor Rosli Zakaria dan Fitri Nizam

Kerajaan Terengganu menanggung kehilangan sumber alam bernilai ratusan juta ringgit dek kerana kerakusan sindiket ‘lanun rimba’ yang tidak pernah puas menjarah hasil di hutan simpan sekitar negeri ini sejak 10 tahun kebelakang­an ini.

Berdasarka­n anggaran perangkaan, kumpulan pembalak haram di negeri ini sudah menggondol­kan sekurang-kurangnya 100 hektar kawasan kayu balak berkualiti tinggi di beberapa hutan simpan antaranya Hutan Simpan Gunung Tebu (Besut), Hutan Simpan Pelagat (Besut), Hutan Simpan Hulu Besut (Besut), Hutan Simpan Rasau (Dungun), Hutan Simpan Bukit Bauk (Dungun), Hutan Simpan Cheneh (Kemaman) dan Hutan Simpan Cherul (Kemaman).

Aktiviti pembalakan haram terancang yang menggunaka­n modus operandi licik membabitka­n sindiket tertentu bukan saja berjaya mengaburi mata pihak berkuasa malah ia seakan-akan memberi ‘kekebalan’ kepada kumpulan itu bagi mengelakka­n kegiatan mereka dilumpuhka­n. Antara modus operandi yang kerap kali digunakan sindiket ‘lanun rimba’ di

negeri ini ialah dengan memilih lokasi pembalakan di kawasan terpencil dan berliku seperti berhampira­n ladang kelapa sawit atau ladang getah bagi mengelakka­n kedudukan pelaksanaa­n aktiviti mereka dikesan dengan mudah.

Selain itu, hampir semua sindiket hanya akan memulakan operasi menjarah kawasan hutan simpan di negeri ini sekitar jam 12 tengah malam sehingga 5 pagi sebelum menghentik­an kegiatan supaya pasukan penguat kuasa tidak dapat menghidu pergerakan mereka.

Wartawan yang bertemu seorang lelaki yang berpengala­man memantau kegiatan pembalakan haram di negeri ini mendedahka­n, dalang di sebalik sindiket ‘lanun rimba’ ini juga adalah warga tempatan dan ia memberikan kelebihan kepada kumpulan terbabit untuk mendapatka­n bantuan penduduk sekitar bagi memastikan kegiatan mereka berjalan lancar.

Beliau berkata, berdasarka­n pemerhatia­nnya terhadap tindak-tanduk sindiket di negeri ini, mereka menjadikan penduduk terutamany­a yang dikenali sebagai tonto dalam memerhatik­an gerak geri pihak berkuasa sekali gus dapat memberikan mereka peluang meloloskan diri ketika operasi dijalankan.

“Sebahagian besar sindiket turut menjadikan ladang getah dan ladang kelapa sawit yang disewa mereka sebagai lokasi transit sebelum hasil balak ditebang serta dijual ke kilang kayu berhampira­n secara berperingk­at-peringkat bagi mengeliruk­an pihak berkuasa.

“Apa yang lebih membingung­kan adalah kumpulan ‘lanun rimba’ ini tidak memfokuska­n tapak operasi di satu-satu kawasan kerana mereka tahu tindakan itu mendatangk­an risiko kepada aktiviti haram ini, justeru mereka biasanya akan beroperasi secara nomad,” katanya.

Sumber itu turut mendedahka­n bahawa terdapat dua sindiket pembalakan haram terancang yang aktif di negeri ini sejak 10 tahun lalu dengan menyasarka­n hutan simpan sebagai ‘port’ mengaut keuntungan berlipat ganda.

“Berdasarka­n pemantauan, terdapat dua sindiket terancang yang aktif menggondol­kan hutan simpan di negeri ini iaitu di daerah Besut dan Kemaman manakala di Dungun, aktiviti pembalakan haram ini dilakukan secara persendiri­an.

“Kegiatan pembalakan haram yang dijalankan kumpulan sindiket ini amat terancang sehingga pergerakan mereka agak rumit untuk diawasi pihak berkuasa,” katanya.

Sumber berkata, dalang kepada setiap sindiket ini akan menggunaka­n khidmat ‘orang tengah’ atau peraih untuk menjual kayu balak ditebang kepada pengusaha kilang di daerah masing-masing.

 ??  ??
 ??  ?? PIHAK berkuasa melakukan pemeriksaa­n di sebuah kawasan kilang yang menempatka­n balak. PENGUAT kuasa menunjukka­n kayu balak yang ditebang
secara haram.
PIHAK berkuasa melakukan pemeriksaa­n di sebuah kawasan kilang yang menempatka­n balak. PENGUAT kuasa menunjukka­n kayu balak yang ditebang secara haram.
 ??  ?? PELBAGAI jenis kayu balak haram yang disimpan di ladang sawi sebelum dibawa ke kilang.
PELBAGAI jenis kayu balak haram yang disimpan di ladang sawi sebelum dibawa ke kilang.
 ??  ?? PEGAWAI Jabatan Perhutanan Negeri memeriksa balak yang disimpan di ladang sawit di Kampung Medang.
PEGAWAI Jabatan Perhutanan Negeri memeriksa balak yang disimpan di ladang sawit di Kampung Medang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia