Harian Metro

BURGER BUAYA

Sajian eksotik Kompia Buaya panggang jadi tarikan pengunjung Festival Makanan Kuching 2018

- Mohd Latif Ahmad news@nstp.com.my

Sesiapa saja yang melintasi tapak gerai Restoran Juniper di Festival Makanan Kuching 2018, pasti terpegun melihat buaya dipanggang.

Sang bedal itu dipanggang sebelum dagingnya dijadikan inti untuk roti tradisiona­l masyarakat Cina Foochow dinamakan Kompia Buaya.

Hidangan Kompia Buaya antara menu unik dan tarikan pengunjung di festival makanan terbesar yang diadakan di bandar raya ini, sejak ia bermula 27 Julai lalu.

Menurut pengusaha Restoran Juniper, Jackie Ling, 28, sejak hari pertama Festival Makanan Kuching 2018 itu berlangsun­g, kebanyakan pengunjung melintasi gerainya pasti terkejut melihat seekor buaya saiz sederhana sedang dibakar.

Dia berkata, menu istimewa itu mendapat sambutan menggalakk­an dijual pada harga RM10 untuk tiga keping roti.

“Ada orang suka, namun tidak kurang ada yang takut kerana kali pertama melihat seekor buaya dibakar dari dekat.

“Bagaimanap­un sejak mula dijual, sambutanny­a menggalakk­an,” katanya ketika ditemui sempena festival itu.

Jackie berkata, itu pengalaman pertamanya menjual menu eksotik berkenaan, namun tidak menyangka ia menjadi pilihan pengunjung dan mampu menjual antara 300 hingga 450 keping hidangan Kompia Buaya sehari.

“Pada Festival Makanan Kuching tahun lalu, saya ada juga menjual daging buaya tetapi ia digoreng. Namun tahun ini saya cuba menjual Kompia Buaya untuk menampilka­n kelainan.

“Menu ini menggunaka­n daging buaya air masin atau

Crocodylus porosus yang diperoleh dari Sungai Bako berhampira­n Kuching,” katanya yang memiliki lesen menjualnya daripada Jabatan Hutan Sarawak.

Dia berkata, bekalan daging buaya diperoleh secara sah daripada pemburu yang diberikan lesen daripada pihak berkuasa negeri ini dengan harga antara RM25 hingga RM35 sekilogram.

 ??  ??
 ??  ?? BUAYA yang dibakar bersama roti Kompia.
BUAYA yang dibakar bersama roti Kompia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia