Harian Metro

9 BERANAK TUNAI HAJI

-

„ Impian wanita tunai haji bersama lapan anak tercapai selepas pasang niat pada 2000

Ia benar-benar mimpi menjadi kenyataan bagi seorang ibu apabila berjaya membawa semua lapan anaknya menunaikan haji serentak pada musim kali ini.

Bagi Nor Hilali Hussin, 58, ia satu kurniaan Allah yang amat besar maknanya selepas memasang impian itu dan memanjatka­n doa ketika kali pertama menunaikan haji bersama suami pada 2000.

“Alhamdulil­lah, Allah makbulkan doa saya. Biarpun suami tak dapat datang bersama kerana ada urusan kerja, saya tetap bersyukur sangat-sangat,” kata pegawai Bank Islam yang menetap di Kampung Pandan, Kuala Lumpur itu.

Nor Hilali berkata, suaminya Wan Abdul Hamid Wan Muhammad, 60, yang menjalanka­n perniagaan sendiri tidak dapat bersama-sama ke Tanah Suci kerana ada urusan tidak dapat dielakkan.

Lapan anak Nor Hilali ialah Wan Abdullah Shahid, 33, Wan Abdullah Shakir, 30, Wan Abdullah Shahir, 28, dan satu-satunya perempuan Wan Iman Nawwarah, 23.

Empat lagi ialah Wan Abdullah Shamil, 21, Wan Abdullah Shamim, 19, Wan Abdullah Shabil, 17, dan paling bongsu Wan Abdullah Sharaf, 16.

Sembilan beranak ini menginap di tiga bilik berasingan di Hotel Zuwar Albait, di sini.

Seorang lagi anak perem“Selepas puan Nor Hilali, Wan Adnin Illyyin yang juga anak keempat meninggal dunia ketika berusia 21 tahun pada 2013 akibat penyakit batuk kering.

Nor Hilali berkata, kedatangan dia dan lapan anak menunaikan haji bukanlah sesuatu yang datang bergolek, sebaliknya dicapai hasil iltizam tinggi dan perancanga­n jangka panjang.

“Pada 2006, saya daftarkan semua anak saya untuk pergi haji selepas wang dalam akaun simpanan Tabung Haji masing-masing cukup syarat minimum RM1,300.

itu semua duit raya mereka dan bonus yang saya dapat tiap-tiap tahun saya masukkan dalam akaun simpanan mereka,” katanya.

Menurutnya, anak pertama Wan Abdullah Shahid dan yang kedua Wan Abdullah Shakir yang sudah bekerja turut membantu menambah simpanan adik-adik mereka.

“Dua anak saya itu sudah berumah tangga, tapi tak dapat membawa isteri masing-masing kerana anak masih kecil dan menyusu badan,” kata Nor Hilali.

Sementara itu, anak bongsu Wan Abdullah Sharaf yang belajar di tingkatan empat Sekolah Menengah Cochrane Perkasa berkata, dia tidak menyangka dapat menunaikan haji pada usia muda.

“Kawan-kawan di sekolah juga ramai yang pada mulanya tak percaya apabila saya beritahu akan bercuti sebab nak buat haji.

“Apapun, saya bersyukur dan sangat gembira kerana kami sekeluarga dijemput Allah sama-sama menunaikan haji. Semoga kami semua mendapat haji mabrur,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? NOR Hilali Hussin (kanan bawah) dan lapan anaknya bersama-sama menunaikan haji hasil perancanga­n
rapi sejak 12 tahun lalu.
NOR Hilali Hussin (kanan bawah) dan lapan anaknya bersama-sama menunaikan haji hasil perancanga­n rapi sejak 12 tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia