IKAT SKRU TAYAR
lebih tahan berbanding komponen standard dan selalunya lebih mahal.
Cuma spesifikasinya lebih besar dan direka bentuk untuk mendapatkan kuasa lebih tinggi dan mengakibatkan penggunaan bahan api.
Untuk tunggangan biasa pada jangka panjangnya lebih menjimatkan kerana enjin lebih tahan lama dan lebih ringan untuk membawa bebanan.
Tunggangan biasa cukup sekadar menggunakan minyak standard disyorkan tetapi penggunaan minyak gred lebih tinggi seperti semi-sintetik atau sintetik sepenuhnya akan meningkatkan prestasi pelinciran dan mengurangkan tahap kehausan enjin.
Tidak rugi melabur dengan penggunaan minyak pelincir yang baik untuk mendapatkan perlindungan maksimum. Saya sering melihat mekanik kedai tayar mengikat skru tayar menggunakan alatan ‘senapang’ angin. Mengikut pendapat beberapa rakan, ia tidak bagus. Adakah benar?
SUFFIAN RAHMAN,
Banting, Selangor
Setiap skru mempunyai tahap kekuatan mengikatnya sendiri dan jika diikat terlalu kuat mampu merosakkan bebenang skru, nat atau tapak yang diikat.
Penggunaan pengikat skru pneumatik atau (air gun) memudahkan kerja mengikat skru pada roda kereta atau kenderaan lebih besar, namun ditetapkan tahap kekuatan tertentu yang boleh didengar dan dirasai dengan gegaran.
Masalahnya, kadangkala apabila sampai kepada tahap ditetapkan, ada mekanik mengikat terus dan merosakkan bebenang skru.
Walaupun tidak rosak, ia mungkin mendatangkan masalah apabila mengalami pancit kerana skru tayar roda diikat terlalu kuat sukar untuk dibuka secara manual.
Skru roda lazimnya hanya perlu diikat pada tahap 96 paun-kaki (lb-ft) iaitu ukuran daya kekuatan mengikat atau sebagai panduan mudah hanya diikat kuat dengan tangan, walaupun wanita.
Tidak perlu sampai kita memijak spanar tayar untuk mengetatkannya dan bebenang skru boleh rosak jika melebihi tahap 200 lb-ft.