Harian Metro

Kepetahan bercakap

-

tewas tanpa meraih sebarang tempat ketika menyertai satu pertanding­an pidato.

“Dalam pertanding­an berkenaan, saya dikehendak­i berhujah bagi menyokong pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) memandangk­an ia baru diperkenal­kan ketika itu.

“Cabarannya adalah memberikan hujah berserta huraian yang terperinci bagi meyakinkan pihak juri namun rezeki tidak berpihak kepada saya apabila tewas buat pertama kalinya.

“Memang kecewa dengan keputusan juri malah guru dan keluarga juga terkejut tetapi apakan daya, saya anggap rezeki tidak menyebelah­i saya ketika itu,” katanya yang pernah merangkul Anugerah Pemidato Harapan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Meskipun berpengala­man menyertai pertanding­an, Qasrien berkata, perasaan gemuruh itu tetap ada namun dia cuba tenangkan diri ketika bertanding dengan memberi sepenuh tumpuan terhadap pertanding­an.

Dari segi persediaan pula, Qasrien lebih selesa mengingati maklumat penting dan menghuraik­an mengikut pemahaman sendiri berbanding menghafal.

“Pertanding­an debat khasnya amat memerlukan kekuatan mental kerana pihak lawan boleh melakukan provokasi pada bila-bila masa.

“Jadi, sebagai pendebat, saya perlu mengawal emosi dan mengelakka­n kata berunsur makian kerana ia akan memberi kelebihan kepada lawan untuk menang dengan markah majoriti.

“Pengalaman menyertai pelbagai pertanding­an amat membantu saya untuk melawan perasaan gemuruh sekali gus mematahkan hujah lawan dengan bersahaja,” katanya.

Ditanya mengenai hala tujunya, Qasrien berkata, perjalanan­nya masih jauh namun jauh di sudut hati, dia memasang impian untuk bergelar ahli politik satu hari nanti.

Katanya, dia berharap impiannya itu terlaksana dan buat masa ini, dia akan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pengajiann­ya dalam jurusan Pentadbira­n Korporat yang berbaki empat semester lagi.

“Walaupun aktif dalam pertanding­an debat dan pidato, pelajaran tetap menjadi keutamaan saya. Namun, cabaran itu tetap ada terutama apabila perlu menghadiri mesyuarat yang banyak seperti semester lepas dan pada masa sama menyiapkan tugasan.

“Itu belum lagi ketika pertanding­an hampir tiba dan sebab itu, saya perlu bijak membahagik­an masa supaya semuanya berjalan dengan lancar,” katanya yang menjadikan saluran YouTube dan alumni pendebat sebagai rujukan sebelum menyertai pertanding­an.

 ??  ?? QASRIEN (dua dari kiri) bergambar selepas menjuarai pertanding­an Pidato Parlimen.
QASRIEN (dua dari kiri) bergambar selepas menjuarai pertanding­an Pidato Parlimen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia