Harian Metro

Jangan sampai tidak kenal anak susuan!

-

Kuala Lumpur: Tidak perlu, tidak wajar dan tidak patut. Demikian komen pendakwah bebas Azman Syah Alias atau dikenali Pencetus Ummah (PU) Azman mengenai tindakan segelintir wanita menunjukka­n air perahan susu di laman sosial.

Menurutnya, seorang isteri perlu menjaga maruah suami dan juga diri sendiri dengan tidak memuat naik gambar tidak sepatutnya yang boleh mengundang fitnah dan kecaman di laman sosial.

“Kaum ibu perlu memikirkan maruah suami dan juga adab apabila berkongsi sesuatu di laman sosial.

“Persoalann­ya, atas tujuan apa air perahan susu itu dikongsi untuk tatapan ramai, sama ada untuk kongsi pengalaman, perbahasan hukum atau sengaja menunjuk-nunjuk?” katanya kepada Harian Metro.

Bagi Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berpendapa­t semua ibu susuan perlu mengenali keluarga anak susuannya bagi memelihara keturunan daripada berkahwin sesama mereka.

Tegasnya, ihsan memberikan susu badan kepada anak orang lain itu tidak menjadi kesalahan dan hukumnya harus.

“Tiada masalah, tetapi hukum selepas anak itu minum susunya kena jelas dan ambil perhatian. Selepas lima kali susuan diberikan kepada bayi sampai kenyang, maka wanita itu menjadi ibu susuan bayi itu.

“Secara automatik anak kandung wanita itu dan anak susuannya menjadi saudara susuan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, apabila menjadi saudara susuan mereka (adik-beradik susuan) termasuk dalam golongan haram berkahwin.

“Perkara itu kena tahu dan dipelihara kerana hubungan saudara susuan jatuh seperti adik-beradik kandung kerana susuan itu.

Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mencadangk­an supaya agar Majlis Agama Islam Negeri atau Jabatan Agama Islam Negeri dan juga hospital bekerjasam­a untuk mengumpulk­an data ibu yang memberi susu kepada bayi selain kepada anaknya supaya dapat didaftarka­n.

“Kita juga berharap dapat disediakan kad atau sijil sabitan penyusuan untuk masa depan anak terbabit supaya tidak berlaku kecelaruan nasab dan perkahwina­n dengan susuannya atau orang diharamkan kahwin dengan sebab susuan,” katanya.

 ??  ?? A Z MAN
A Z MAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia