Harian Metro

Ajal depan mesin ATM

-

Seorang lelaki meninggal dunia dipercayai mengalami tekanan darah tinggi ketika membuat pengeluara­n wang di mesin pengeluara­n wang automatik (ATM) di sebuah bank di Pekan Jitra II di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superinten­dan Mohd Ismail Ibrahim berkata, maklumat awal mendapati mangsa, Mohamad Nor Abu Seman, 53, dipercayai jatuh ketika sedang menggunaka­n mesin

ATM berkenaan sekitar jam 8 pagi.

Menurutnya, kejadian itu disedari seorang pengawal keselamata­n bertugas sebelum dia memaklumka­n kejadian kepada pengurus premis terbabit.

“Mangsa dipercayai ke bank itu seorang diri dan sebaik rebah, mangsa dibantu pelanggan lain yang turut berada di situ.

“Pengurus bank terbabit menghubung­i polis dan pasukan penyelamat untuk membantu mangsa, namun pasukan perubatan mengesahka­n mangsa meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Ismail berkata, hasil siasatan mendapati mangsa turut mempunyai kad rawatan menghidap sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

“Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam bank itu mendapati tiada unsur jenayah dan tiada pihak lain terbabit.

“Mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Jitra selepas itu untuk tindakan lanjut sebelum dituntut keluargany­a untuk dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Padang Asun,” katanya.

Mohd Ismail berkata, setakat ini kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut dan punca kematian disebabkan tekanan darah tinggi.

 ??  ?? PEMBANTU pasukan perubatan memeriksa keadaan Mohamad Nor (gambar kecil) yang jatuh ketika menggunaka­n mesin ATM.
PEMBANTU pasukan perubatan memeriksa keadaan Mohamad Nor (gambar kecil) yang jatuh ketika menggunaka­n mesin ATM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia