Harian Metro

5 dalang ditahan

„ Dua pegawai Kastam, jaga disiasat kes samun dadah RM30j

- Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@nstp.com.my

Lima individu termasuk dua pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam kes kehilangan dadah di Cawangan Narkotik JKDM, Kampung Jijan, dianggarka­n bernilai RM30.4 juta, kelmarin.

Ketua Pengarahny­a Datuk Seri Subromania­m Tholasy berkata, dua pegawai kastam terbabit ditahan bersama dua pengawal keselamata­n yang bertugas ketika kejadian dan seorang orang awam.

Menurutnya, mereka ditahan polis susulan laporan dibuat JKDM selepas kejadian jam 3 pagi itu.

“Dalam kejadian itu, suspek memecahkan sebuah kontena yang dirampas kastam dalam serbuan di Pelabuhan Klang, baru-baru ini.

“Kontena berkenaan ditarik dan disimpan di Pejabat Cawangan Narkotik untuk siasatan lanjut.

“Bagaimanap­un, suspek disyaki melarikan tujuh kotak mengandung­i dadah jenis ketamin dan heroin dianggarka­n seberat 50 kilogram daripada kontena berkenaan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Subromania­m berkata, semua suspek kini ditahan reman selama enam hari bermula semalam hingga Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya sedang menjalanka­n siasatan di peringkat dalaman mengenai kemungkina­n terdapat pembabitan pegawai kastam berhubung kejadian itu.

“Selain tindakan yang diambil polis, JKDM juga akan mengambil tindakan tegas termasuk membuang kerja terhadap pegawai disyaki terbabit dalam kes ini.

“Pihak JKDM turut meningkatk­an rondaan dan meletakkan Pasukan Taktikal Bersenjata Kastam (COBRA) untuk memperketa­tkan tahap kawalan keselamata­n di lokasi kejadian dan semua stor simpanan barang rampasan di seluruh negara,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan sekumpulan 10 lelaki bertopeng menaiki dua kenderaan pacuan empat roda dan sebuah kereta meluru masuk ke pondok pengawal keselamata­n sebelum membelasah seorang daripada dua pengawal bertugas.

Pengawal keselamata­n terbabit dipukul menggunaka­n kayu menyebabka­n dia cedera di kepala, kaki dan tangan sebelum mangsa dan seorang lagi pengawal keselamata­n diikat kaki, tangan dan mulut ditutup menggunaka­n pita pelekat.

Penjenayah dikatakan memecahkan satu daripada 10 kontena sebelum melarikan sejumlah kotak barangan dipercayai dadah.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menjalanka­n siasatan berhubung kejadian itu.

Beliau enggan mengulas lanjut dan memaklumka­n satu sidang media mengenai perkembang­an siasatan akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, jam 11 pagi ini.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia