Harian Metro

Bengkel kereta buruk sembunyi hidupan liar

-

Kuala Lumpur: Jadikan kawasan bengkel kereta buruk sebagai lokasi untuk menyembuny­ikan hidupan liar termasuk monyet marmoset berasal dari hutan hujan di Amerika Selatan.

Itu antara tindakan dua lelaki tempatan yang diberkas Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) di sebuah premis di Jelebu di sini, jam 4.30 petang kelmarin.

Ketua Pengarah PERHILITAN Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pihaknya terlebih dahulu melakukan risikan susulan maklumat diterima.

Menurutnya, pemeriksaa­n mengejut kemudian dilakukan oleh anggota PERHILITAN Negeri Sembilan di bengkel itu sebelum pihak PERHILITAN menemui lima ekor disyaki monyet spesies marmoset diletakkan di dalam sangkar di bengkel itu.

“Monyet ini dipercayai dibawa masuk ke negara ini secara haram. Kebiasaann­ya monyet ini ditemui di hutan Bolivia, Brazil, Colombia, Ecuador, Paraguay dan Peru di Amerika Selatan.

“Monyet ini kerap ditangkap untuk dibela sebagai haiwan peliharaan,” ujarnya.

Menurutnya, hasil serbuan itu, pihak PERHILITAN turut menemui seekor burung sulphur crested cockatoo, dua ekor electus parrot dan dua ekor disyaki burung serindit.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati terdapat keraguan terhadap hidupan liar yang disimpan itu.

“Suspek ditahan berusia 31 tahun dan 39 tahun didapati menyimpan semua hidupan liar dilindungi itu tanpa lesen selain lesen sudah tamat tempoh.Semua haiwan itu disita untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kadir berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 68 Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 (Akta 716) kerana menyimpan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya.

 ??  ?? RAMPASAN monyet marmoset dan burung seludup disembunyi­kan di sebuah bengkel kenderaan di Jelebu, Negeri Sembilan.
RAMPASAN monyet marmoset dan burung seludup disembunyi­kan di sebuah bengkel kenderaan di Jelebu, Negeri Sembilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia