Harian Metro

‘Pergi’ selepas sukar bernafas

-

Kuala Lumpur: Bekas personalit­i televisyen, Ishak Nengah, 65 disahkan meninggal dunia akibat komplikasi barah jam 12.45 tengah hari di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, semalam.

Ishak, bekas pembaca berita TV3 dan pengacara rancangan di RTM1 dikesan menghidap barah hidung atau Nasopharyn­geal carcinoma (NPC) pada 2011.

Isteri Allahyarha­m, Aisyah Ali berkata, suaminya mengadu sukar bernafas jam 4 pagi ketika berada di rumah sebelum beliau membawanya ke PPUM.

“Beliau tidak menunjukka­n sebarang perubahan sikap yang mencurigak­an.

“Lepas mengadu sukar bernafas malam tadi (semalam), saya menggunaka­n bantuan alat oksigen tetapi tidak beransur pulih lalu menghantar­nya ke hospital.

“Saya sekeluarga sedih tetapi reda kerana pemergian beliau sangat mengejutka­n,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Allahyarha­m disembahya­ngkan di Masjid Darul Ehsan di Subang Jaya, Selangor dan disemadika­n di Tanah Perkuburan USJ22, Subang Jaya selepas solat Asar.

Dilahirkan di Bota Kanan, Perak, Allahyarha­m Ishak pernah berkhidmat sebagai wartawan di akhbar kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd dari tahun 1972 hingga 1977 sebelum menjadi pengacara di syarikat penyiaran swasta TV3 tidak lama selepas itu.

Bekas pembaca berita TV3 dan pengacara rancangan di RTM1 itu menghembus­kan nafas terakhir di samping isteri dan tiga anak, Johan (Joe Flizzow), 38, Ashraf, 36, dan Iman, 28.

Menyifatka­n Allahyarha­m seorang yang sangat ceria, Aisyah berkata, Allahyarha­m dikesan menghidap barah pada 2011 dan kembali sihat pada 2012.

“Bagaimanap­un pada 2016, barahnya kembali dan mulai merebak ke paru-paru serta tulang.

“Walaupun sakit, beliau seorang yang sangat ceria dan positif sepanjang menghidap penyakit berkenaan,” katanya.

Aisyah turut memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat suaminya.

 ??  ?? KELUARGA dan sahabat pada majlis pengebumia­n Ishak di Tanah Perkuburan Islam MPSJ USJ 22, semalam.
KELUARGA dan sahabat pada majlis pengebumia­n Ishak di Tanah Perkuburan Islam MPSJ USJ 22, semalam.
 ??  ?? ISHAK
ISHAK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia