Harian Metro

Selesa kerja tukang kayu

Penyanyi dua beradik perlu kerja tetap sara keluarga

- Norhayati Nordin yati@nstp.com.my

Kumpulan duo adik-beradik dari Sabah, Atmosfera mengakui selesa bekerja sepenuh masa sebagai tukang kayu untuk pembuatan pintu di kampung halaman di Keningau.

Atmosfera yang popular dengan lagu Berakhirla­h Sudah, Tak Tahu Malu, Demi Si Kici dan Original Sabah memberitah­u mereka memerlukan kerja tetap.

Dianggotai Hezron Rayner, 26, dan Hazrenol Rayner atau Ganak, 24, kedua-duanya sudah berkeluarg­a.

Hezron berkata, dia dan adiknya, Ganak suka dengan

Meskipun Atmosfera kian dikenali, kami tidak mahu letak harapan tinggi Hezron Rayner

kerja mereka sebagai tukang kayu.

“Meskipun Atmosfera kian dikenali, kami tidak mahu letak harapan tinggi.

“Ini kerana kami tahu rezeki dalam dunia seni ada pasang surutnya. Jadi, kami perlukan kerja tetap.

“Apatah lagi, kami sudah berumah tangga dan masing-masing mempunyai dua anak yang masih kecil,” katanya.

Menurut Ganak pula, dia dan Hezron pernah berhenti kerja sebagai tukang kayu daripada awal pembabitan dalam nyanyian.

“Ketika itu kami berasakan populariti yang diperoleh akan menjulang nama Atmosfera.

“Namun, urusan rezeki memang milik Tuhan. Selepas berhenti kerja, Atmosfera tiada tawaran menyanyi.

“Akhirnya, kami nekad kembali bekerja sebagai tukang kayu hinggalah sekarang dan tidak mungkin berhenti,” katanya.

Ganak berkata, dia dan abangnya sangat berterima kasih dengan majikan kilang kayu itu kerana sudi menerima mereka bekerja di premis itu.

Atmosfera yang disangkaka­n kumpulan muzik dari Indonesia ditubuhkan pada 2012.

Hampir lima tahun aktif dalam bidang nyanyian, Atmosfera akan melebarkan sayap mereka ke Indonesia, hujung Ogos ini.

Ini kerana kebanyakan lagu hit mereka mendapat tempat di hati pencinta muzik negara itu.

 ??  ?? PENYANYI berkumpula­n Atmosfera, Hezron (kanan) dan Ganak.
PENYANYI berkumpula­n Atmosfera, Hezron (kanan) dan Ganak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia