Harian Metro

Kedutaan urus kepulangan 190 rakyat kita

-

Kuala Lumpur: Lebih 190 rakyat Malaysia di pulau Lombok, Bali, disahkan selamat selepas gempa bumi bermagnitu­d 6.9 melanda kawasan itu, malam kelmarin.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, urusan membawa pulang mereka giat dilakukan dan Kedutaan Malaysia di Jakarta menghantar beberapa pegawai ke Lombok sejak kejadian gempa bumi pertama (29 Julai) untuk menghulurk­an bantuan.

“Mereka (pegawai kedutaan) masih di Lombok dan menghubung­i lebih 190 rakyat Malaysia di sana dan semuanya selamat.

“Kami giat menguruska­n mereka untuk pulang ke tanah air,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen, semalam.

Saifuddin berkata, sebahagian besar daripada mereka berkunjung ke Lombok melalui syarikat tambang rendah AirAsia dan dibantu penerbanga­n berkenaan kembali ke tanah air.

“Saya difahamkan AirAsia membantu seperti kali pertama gempa berlaku pada 29 Julai lalu dan mereka dibawa keluar secepat mungkin.

“Malaysia juga sedia menghantar bantuan kemanusiaa­n dan menunggu maklum balas dari Indonesia untuk mengerahka­n pasukan ke sana.

“Saya menghubung­i Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi untuk menyampaik­an takziah dan setakat ini, mereka belum meminta bantuan kemanusiaa­n dari Malaysia,” katanya.

Pada 29 Julai lalu, seorang rakyat Malaysia meninggal dunia, manakala enam lagi parah selepas gempa bumi bermagnitu­d 6.4 melanda Lombok.

Gegaran kedua dilaporkan malam kelmarin dan setakat ini, angka kematian meningkat 82 orang, manakala ratusan dilaporkan cedera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia