Harian Metro

Pakar peperangan hutan

-

„ Tentera Darat Malaysia mahir ilmu tempur di belantara dikagumi pasukan AS

“Tentera kita masuk hutan ibarat pergi berkhemah, tapi tentera luar tak biasa. Mereka terlalu fikirkan ancaman binatang liar dan berbisa, pacat pun mereka risau,” kata Leftenan Kolonel Mohd Jailani Ismail.

Ketua Perancang Darat Eksesais Keris Strike 22/2018 membabitka­n Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama United State Army Pacific Command (USARPAC) itu berkata, keyakinan tentera Malaysia tidak menghairan­kan kerana memang terkenal sebagai pakar peperangan hutan.

Katanya, kelebihan TDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara keseluruha­n dalam operasi di hutan terutama jenis tropika, menarik minat banyak pasukan tentera barat termasuk Amerika Syarikat (AS) untuk berkongsi pengalaman.

“Semua orang tahu, tentera AS mempunyai kepakaran dalam peperangan konvension­al terutama di kawasan padang pasir atau gurun namun kurang pengalaman dalam hutan tebal. Sebaliknya bagi tentera Malaysia, itu memang ‘makanan’ kita.

“Hutan di negara mereka juga berbeza disebabkan tidak tebal, membolehka­n jarak pandangan sehingga 100 meter, tapi di sini maksimum hanya 20 meter. Pandangan waktu malam pula hampir sifar kerana kanopi hutan yang tebal.

“Selain perbezaan bentuk muka bumi, hutan mereka juga tiada banyak binatang liar dan berbisa seperti hutan tropika,” katanya ketika ditemui di upacara penutup eksesais itu di Padang Kawad Batalion ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja (15 RAMD) di Senawang di sini, baru-baru ini.

Mohd Jailani yang juga Timbalan Komander Rejimen 508 Askar Wataniah berkata, selain ilmu taktikal peperangan hutan termasuk pertahanan, penjejakan, rondaan dan serangan, anggota tentera Malaysia turut berkongsi kaedah mencegah ancaman binatang serta serangga berbisa.

“Kita juga ajar perkara yang tiada dalam buku, antaranya menyembur penyembur serangga pada pakaian bagi mengelakka­n pacat dan serangga, selain menggunaka­n ubat gegat, sulfur dan garam bagi menghalau serangga berbisa.

“Dalam keadaan tertentu, mereka juga boleh gunakan belerang daripada peluru untuk menghalau serangga dan binatang berbisa,” katanya.

Sementara itu, Panglima 3 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah pada majlis sama, turut berkata kepakaran Malaysia dalam peperangan hutan dan menentang pemberonta­kan sentiasa menjadi rujukan negara lain.

Katanya, selain rantau ASEAN dan AS, banyak negara lain termasuk United Kingdom, Kanada, New Zealand dan Australia, kerap mengadakan latihan bersama TDM untuk berkongsi pengalaman serta kepakaran.

“Kita tidak pernah berasa rendah diri. Kelebihan kita adalah peperangan hutan dan menentang pemberonta­kan atau ‘counter insurgensi’.

“Kita mahir dalam ikhtiar hidup dan penjejakan tempur (combat tracking).

“AS pernah panggil kita untuk melatih pasukan tentera mereka dalam kedua-dua aspek itu. Malah ramai tentera negara lain belajar daripada kita dalam siri latihan bersama yang diadakan sama ada di Malaysia atau luar negara,” katanya.

 ??  ?? PEGAWAI TDM dan USARPAC bergambar bersama sempena Majlis Penutup Eksesais Keris Strike 2018.
PEGAWAI TDM dan USARPAC bergambar bersama sempena Majlis Penutup Eksesais Keris Strike 2018.
 ??  ?? MOHD Jailani
MOHD Jailani

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia