Harian Metro

Pengalaman Ops Gubir 1976 dihujani peluru Komunis

-

Arau: Pengalaman berhadapan detik cemas ketika helikopter Nuri dinaiki ditembak komunis ketika terbabit dalam Ops Gubir pada April 1976 masih tersemat disanubari Sarjan (B) Haris Dan, 69.

Dia yang ketika itu berusia 27 tahun tidak pernah sesekali dapat melupakan saat helikopter yang membawanya bersama anggota X Skuadron Rejimen Gerak Khas (RGK) dihujani peluru di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.

“Kami berada di Gubir sudah lama, seingat saya sudah dua hingga ke tiga minggu ditugaskan membersihk­an kawasan berkenaan daripada ancaman komunis.

“Hari berkenaan (diserang komunis) adalah hari terakhir kami di sana sebelum pulang ke Kem Sungai Udang, Melaka.

“Segalanya berjalan lancar ketika helikopter mendarat untuk mengambil kami sebelum tiba-tiba ditembak,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a di Kampung Pida Baru, Tambun Tulang di sini.

Haris yang berkhidmat selama 18 tahun bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengakui peristiwa 42 tahun lalu itu masih berbekas disanubari­nya mengenangk­an kekejaman komunis.

“Alhamdulil­lah kami semua selamat, nyawa kami bagaikan di hujung tanduk, tembakan bertalu-talu itu boleh menyebabka­n helikopter terhempas sekiranya tembakan mengenai juruterban­g.

“Walaupun kami terselamat, ada anggota keselamata­n lain maut pada hari yang sama apabila helikopter dinaiki mereka terhempas akibat ditembak komunis,” katanya.

Sementara itu, bapa kepada 11 anak dan datuk kepada 24 cucu itu berharap generasi muda sentiasa berhati-hati kerana musuh negara ketika ini bukan lagi berada di dalam hutan seperti pada zamannya.

“Musuh sentiasa memerhati, jadi berhati-hatilah. Sebagai anggota keselamata­n dan sebagai rakyat jadilah individu yang bertanggun­gjawab dan amanah demi negara.

“Anda tidak merasai peritnya pengorbana­n demi negara. Jagalah keamanan dan kemerdekaa­n yang diperjuang­kan generasi sebelum ini,” katanya.

 ??  ?? HARIS menunjukka­n gambar anugerah khas dari Istana Arau atas jasanya menentang komunis. Gambar kecil, ketika beliau sertai latihan dalam Regimen Gerak Khas Malaysia (RGKM).
HARIS menunjukka­n gambar anugerah khas dari Istana Arau atas jasanya menentang komunis. Gambar kecil, ketika beliau sertai latihan dalam Regimen Gerak Khas Malaysia (RGKM).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia