Harian Metro

Misi segar ‘Kucing Merah’

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

Bentuk sahsiah diri, disiplin dan silaturahi­m. Itu fokus Persatuan Kebajikan Kucing Merah Kuala Lumpur (PKKMKL) dalam setiap program kebajikan dianjurkan sebagai usaha membentuk ahli yang dapat memberi sumbangan kepada tanah air menerusi aktiviti kesukarela­wanan.

Dengan tema kebaikan kepada masyarakat, persatuan berkenaan sering menyertai gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan tidak mengira masa, tenaga dan wang ringgit.

Presidenny­a Zulkarnain Abdul Rahman, 32, berkata, PKKMKL yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan pada 17 Mei tahun lalu banyak menggerakk­an program bantuan kepada orang susah, miskin bandar dan gelandanga­n di sekitar ibu negara.

“Sebelum ini kita bergerak di bawah Persatuan Anak Muda Sekata didaftarka­n di bawah pertubuhan belia pada 2011. Kami juga mempunyai cawangan dari negeri lain dan pernah bekerjasam­a dalam projek berskala besar seperti misi bantuan banjir sebelum ini.

“Alhamdulil­lah, setakat ini ramai yang sudah dibantu dan kita akan teruskan dengan pelbagai aktiviti termasuk bersama gabungan NGO lain seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan lain-lain kerana ingin menyemarak­kan kegiatan yang baik untuk manfaat bersama,” katanya.

Zulkarnain berkata, dengan ahli seramai 352 orang, PKKMKL turut menyertai Operasi Banteras Aktiviti Harap (Op BAH) yang diadakan di sekitar ibu negara untuk memberi pendedahan bagaimana seseorang aktivis boleh membantu pihak berwajib menjalanka­n tugas.

Menurutnya, ia dijadikan rujukan berguna kepada ahli kerana selama ini mereka hanya bergerak melalui aktiviti yang disusun atur sendiri dan tidak berpeluang melihat bagaimana koordinasi NGO lain di ne- gara ini.

Katanya, hasil tinjauan turut dikongsi bersama Kementeria­n Wilayah Persekutua­n dan NGO lain bagi mencari jalan penyelesai­an membendung masalah sosial di ibu negara seperti penyalahgu­naan dadah serta maksiat.

“Kami generasi muda akan mengambil peluang yang diberi kepada persatuan untuk memberi khidmat dalam membantu kelancaran Op BAH.

“Masyarakat juga akan lihat

„ PKKMKL hulur bantuan tidak kira masa, tenaga dan wang ringgit

peranan PKKMKL selepas mengetahui matlamat dan hala tuju sebenar persatuan membantu masyarakat dalam memerangi aktiviti haram yang terdapat di seluruh Malaysia.

“Saya juga menggalakk­an ahli untuk menjalinka­n kerjasama dengan NGO lain kerana fokus kami ialah untuk membentuk generasi yang peka dengan isu semasa kerana kami berada dalam satu jalinan keluarga besar sukarelawa­n di Malaysia,” katanya.

 ??  ?? AHLI PKKMKL bergambar selepas menjalin kerjasama dengan PPIM.
AHLI PKKMKL bergambar selepas menjalin kerjasama dengan PPIM.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia