Harian Metro

Yayasan IJN perlu RM4 juta setahun

-

Kuala Lumpur: Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) memerlukan dana sekurang-kurangnya RM4 juta setahun bagi merawat pesakit jantung kritikal yang memerlukan rawatan segera.

Pengurus Yayasan IJN, Ritzzawati Rosli Mohd Rosli berkata, sumbangan daripada orang ramai terutama syarikat korporat begitu penting bagi memastikan rawatan kepada pesakit kritikal dapat dilaksanak­an segera.

Beliau berkata, sejak 2011 hingga tahun lalu, pihaknya sudah mengeluark­an dana sebanyak RM24 juta untuk 860 pesakit daripada semua peringkat umur.

“Setiap tahun anggaran kira-kira 20 pesakit akan menerima dana daripada yayasan bagi membolehka­n mereka meneruskan rawatan seperti pembedahan.

“Kebanyakan prosedur dan pembedahan jantung membabitka­n kos tinggi iaitu puluhan ribu ringgit menyebabka­n ada sesetengah keluarga tidak mampu membiayain­ya,” katanya ketika ditemui di IJN, di sini,semalam.

Menurutnya, Yayasan IJN komited melaksanak­an pelbagai aktiviti dan program bagi mengumpul dana termasuk menjalinka­n kerjasama dengan syarikat korporat bagi menampung kos rawatan pesakit di institut berkenaan.

“Kami berharap orang ramai boleh terus menyalurka­n sumbangan kepada Yayasan IJN kerana kami boleh menggunaka­nnya kepada pesakit kritikal terutama bayi serta kanak-kanak.

“Jika diikutkan dana yang diperoleh masih tidak cukup untuk menampung kos rawatan keseluruha­n pesakit terutama mereka yang daripada kalangan keluarga miskin,” katanya.

Selain itu, Ritzzawati Rosli berkata, bantuan yang disalurkan terus kepada IJN akan diaudit setiap tahun bagi menjamin ketelusan selain memastikan dana dimanfaatk­an oleh golongan yang layak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia