Harian Metro

Pakej termahal RM177,000

-

„ Lokasi khemah paling dekat dengan tempat melontar

Seramai 6,404 jemaah menggunaka­n khidmat agensi pelanconga­n menunaikan ibadat haji tahun ini dengan bayaran paling minimum RM26,500 dan paling mahal RM177,000.

Bayaran RM177,000 itu dikenakan kepada jemaah pakej khas muassasah yang menawarkan lokasi khemah dekat dengan tempat melontar di kompleks jamrah.

Pengurus Operasi Pengelola Jemaah Haji Tabung Haji (TH), Mat Admara Alang Aziz berkata, seramai 1,785 jemaah menunaikan haji menggunaka­n pakej khas itu.

“Tahun ini, 20 agensi diberi lesen oleh TH untuk menguruska­n pakej haji dan jumlah itu hanya satu pertambaha­n berbanding 19 agensi tahun lalu,” katanya kepada media Malaysia di pusat operasi TH di Hotel Abraj Al-Janadriyah, di sini.

Menurutnya, harga dikenakan agensi bergantung kepada jenis dan jarak hotel dengan masjid, makanan dan khemah disediakan di Arafah dan Mina, selain jarak khemah dengan tempat melontar di kompleks jamrah.

“Hasil pemantauan dan sistem penilaian sistematik oleh TH, jumlah agensi yang culas atau gagal memberikan perkhidmat­an dijanjikan kini semakin berkuranga­n.

“Dulu ada lebih 30 agensi diberi lesen. Apabila ada yang melakukan kesalahan serius, kita tak sambung lesen mereka untuk tahun berikutnya. Mengikut peraturan, mereka wajib memperbaha­rui lesen setiap tahun,” katanya.

Menurutnya, antara kesalahan dilakukan ialah menempatka­n jemaah dalam bilik hotel lebih daripada sepatutnya dan jarak hotel dengan Masjidilha­ram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah lebih jauh daripada yang dinyatakan dalam risalah.

“Risalah yang dikeluarka­n agensi menjadi garis panduan kepada kita. Pernah berlaku, agensi menjanjika­n tiga jemaah dalam satu bilik hotel tapi mereka sumbat sampai tujuh jemaah hingga ada yang tidur di lantai.

“Satu lagi kes, mereka tulis dalam risalah jarak hotel 300 meter dari masjid tapi bila kita ukur selepas dapat aduan jarak sebenar ialah 800 meter,” katanya.

Mat Admara berkata, TH menggunaka­n skema untuk penilaian dan pemarkahan (SUPP) yang mewajibkan agensi memperoleh markah tidak kurang daripada 80 peratus.

“Setakat ini, agensi yang kita batalkan lesen belum ada yang disambung semula,” katanya.

Pihaknya berpuas hati dengan perkhidmat­an 20 agensi yang diberi lesen untuk membawa jemaah haji tahun ini dan belum ada aduan diterima.

Menurutnya, orang ramai yang ingin menggunaka­n khidmat agensi bagi mengerjaka­n haji tahun depan dinasihatk­an merujuk senarai agensi terpilih yang bakal dikeluarka­n TH.

Senarai itu kebiasaann­ya dikeluarka­n tiga bulan selepas tamat operasi haji dan ia akan diiklankan di akhbar, selain dipaparkan di laman web dan semua pejabat TH daerah di seluruh negara.

 ??  ?? SEBAHAGIAN jemaah yang menunaikan haji melalui pakej ditawarkan agensi pelanconga­n.
SEBAHAGIAN jemaah yang menunaikan haji melalui pakej ditawarkan agensi pelanconga­n.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia