Harian Metro

10 tahun tunggu giliran ke Tanah Suci

- Samadi Ahmad cnews@nstp.com.my

Sepang: Impian seorang pesara tentera untuk menunaikan ibadat haji tercapai apabila menerima tawaran daripada Tabung Haji (TH) untuk menjadi tetamu Allah tahun ini.

Ahmad Abd Manaf, 67, yang kini seorang peneroka di FELDA Lepang Nenering, Pengkalan Hulu, Perak, berkata, dia terharu apabila penantiann­ya untuk menunaikan ibadat haji sejak 10 tahun lalu akhirnya dimakbulka­n Allah.

Menurutnya, sebelum ini, dia membuat rayuan tiga kali dengan TH sebelum menerima tawaran menerusi kuota khas haji Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tahun ini.

Katanya, kegembiraa­an itu turut dikongsi bersama isteri, Rusni Saari, 64, yang turut bersyukur apabila menerima tawaran melalui kuota khas anggota dan veteran ATM.

“Alhamdulil­lah, syukur berkat kesabaran menunggu melebihi 10 tahun akhirnya dimakbulka­n Allah SWT dan kami berdua masih sihat serta mampu mengerjaka­n ibadat haji” katanya ketika ditemui di Kompleks Tabung Haji (TH) di sini, baru-baru ini.

Ahmad yang berasal dari Tasek, Ipoh, Perak, menamatkan tugas di bahagian pentadbira­n Kementeria­n Pertahanan Malaysia, Kuala Lumpur pada 1985.

Menurutnya, dia tidak menyangka diberikan peluang dan dipilih untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu menerusi kuota veteran ATM dan berterima kasih kepada TH serta persatuan

ATM yang banyak membantu merealisas­ikan hasratnya ke Tanah Suci.

Katanya, selain mengusahak­an ladang sawit, dia turut membuka gerai minuman berdekatan tempat tinggalnya bagi menambah pendapatan.

“Saya mula menyimpan sedikit demi sedikit dalam TH menerusi wang diperoleh hasil jualan sawit, pisang serta keuntungan perniagaan gerai jualan hingga ia cukup bagi menunaikan haji.

“Kalau dulu ketika anak masih belajar, saya tidak mampu untuk menyimpan dengan jumlah yang banyak kerana keutamaan diberikan kepada mereka, kini saya sudah boleh fokus kepada ibadat kerana mereka sudah bekerja dan mempunyai kehidupan sendiri,” katanya.

 ??  ?? AHMAD dan Rusni (dua dari kanan) bersama keluarga sebelum berangkat ke Tanah Suci.
AHMAD dan Rusni (dua dari kanan) bersama keluarga sebelum berangkat ke Tanah Suci.
 ??  ?? MAHMOUD Hussien (tengah) bersama Ahmad Zaini (berdiri, kanan) bergambar dengan sebahagian peserta Program Tetamu Penjaga Dua Kota Suci 2018 di Pejabat Atase Agama Kedutaan Arab Saudi.
MAHMOUD Hussien (tengah) bersama Ahmad Zaini (berdiri, kanan) bergambar dengan sebahagian peserta Program Tetamu Penjaga Dua Kota Suci 2018 di Pejabat Atase Agama Kedutaan Arab Saudi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia