Harian Metro

Perlu tambah baik

- Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my

„ Tindakan mansuh SOSMA dianggap tidak wajar

Tindakan memansuhka­n Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) secara total adalah tidak wajar sebaliknya ia perlu ditambah baik berdasarka­n keperluan semasa.

Bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Zinin berkata, sesuatu proses pertuduhan terhadap pesalah akan memakan masa yang lama jika tiada akta seperti SOSMA dipraktikk­an di negara ini.

“Berhubung cadangan untuk memansuhka­n SOSMA, pihak kerajaan perlu mengambil kira tugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi penguatkua­sa lain dalam menjalanka­n tanggungja­wab mereka untuk mengendali­kan sesuatu kes.

“Bagi sesuatu kes yang sepatutnya disiasat di bawah SOSMA, namun jika SOSMA dimansuhka­n, ia akan memakan masa yang lama untuk diselesaik­an. Walhal ketika ini masyarakat sudah banyak mempertika­ikan apabila banyak kes yang memakan masa terlalu lama untuk diselesaik­an,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Bakri berkata, undang-undang seperti SOSMA sepatutnya ada dalam sesebuah negara bagi mengekang kegiatan pengganas dan jenayah berat, namun jika terdapat sebarang kelemahan pada akta itu, ia perlu ditambah baik.

“Untuk bersetuju secara total cadangan SOSMA dimansuhka­n, saya berpendapa­t ia tidak wajar. Kerajaan sepatutnya meneliti masalah yang akan timbul pada masa akan datang.

“Ia akan menambah beban kepada PDRM. Masalah akan timbul kelak termasuk usaha untuk membendung kegiatan pengganas dan jenayah berat,” katanya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 22 Julai lalu berkata, kerajaan akan memansuhka­n SOSMA kerana akta berkenaan dipercayai bersifat zalim kepada rakyat.

Beliau berkata, SOSMA membenarka­n kerajaan menangkap sesiapa saja tanpa dibawa ke mahkamah.

SOSMA diwujudkan pada 22 Jun 2012 oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggantik­an Akta Keselamata­n Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhka­n pada 15 September 2011 selepas diperkenal­kan pada 1960.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia