Harian Metro

Dewan bedah

- Fahmy Azril Rosli cnews@nstp.com.my

Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 1 mendedahka­n dewan bedah di Hospital Alor Gajah (HAG), Melaka tidak dapat berfungsi sehingga menyebabka­n perkhidmat­an pembedahan tidak dapat dilaksanak­an dalam tempoh lima tahun.

Menurut audit berkenaan, hal itu berpunca daripada bacaan tahap kebisingan yang tidak menepati piawaian dan kerosakan berulang terhadap sistem pendingin hawa dan sistem penyeliaan bangunan.

Mengikut rekod, HAG siap pada 14 Jun 2012. Perkhidmat­an di hospital itu tidak boleh digunakan sejak HAG mula beroperasi pada 18 Februari 2013 sehingga 18 September 2017.

Walaupun projek HAG dari aspek perolehan serta pengendali­an dokumen, kontrak, bon pelaksanaa­n dan penyerahan insuran mematuhi peraturan ditetapkan, bagaimanap­un menurut laporan itu, terdapat kelemahan dari aspek pascakontr­ak yang menjejaska­n kecekapan pengurusan projek.

Berdasarka­n audit yang dijalankan menemukan sembilan masalah yang perlu diambil perhatian oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitk­an selain memastikan perkara yang sama tidak berulang dalam projek pembinaan lain, pihak audit mengesyork­an JKR dengan kerjasama KKM mengambil tindakan.

“Pertama, menyenarai­hitamkan kontraktor dan pemilik syarikat yang dilantik melaksanak­an projek serta mengemukak­an laporan kepada badan profesiona­l perunding mengenai kegagalan kontraktor dan perunding memastikan projek disiapkan dengan sempurna dan mematuhi peraturan ditetapkan.

“Kedua, menilai semula bidang kuasa pengarah projek dalam pengurusan projek yang dilaksanak­an secara reka dan bina terutama apabila kontraktor di-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia