Harian Metro

Kedudukan kewangan NIOSH catat lebihan dana

-

Jabatan Audit Negara (JAN) memuji tadbir urus

Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) berikutan kemampuan syarikat itu menjana pendapatan daripada aktiviti operasi tanpa bergantung kepada geran kerajaan.

NIOSH adalah Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ) bawah Kementeria­n Sumber Manusia.

Menurut Laporan

Ketua Audit Negara 2017 Siri 1 yang dikeluarka­n semalam, mendapati kedudukan kewangan NIOSH adalah kukuh menyaksika­n syarikat itu mencatatka­n lebihan dana sebelum cukai bagi tiga tahun berturut-turut.

Ia masing-masing berjumlah RM7.42 juta pada 2014, RM9.62 juta pada 2015, RM9.07 juta pada 2017.

“Tahap kecairan aset semua berbanding liabiliti pada kadar nisbah 8:1 menyaksika­n syarikat berupaya memenuhi obligasi jangka pendek menggunaka­n sumber dalaman.

“NIOSH mempunyai baki tunai dan kesetaraan tunai yang tinggi berjumlah RM147.63 juta pada 2016.

“Tambahan pula, pengurusan geran pembanguna­n dalam aspek penggunaan geran dan pelaksanaa­n projek adalah cekap menyaksika­n 95 peratus daripada peruntukan yang disalurkan dibelanjak­an mengikut tujuan yang diluluskan,” menurut laporan itu. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima teguran Jabatan Audit Negara membabitka­n prestasi pembanguna­n serta pengurusan hartanah.

Menurut laporan audit yang dijalankan pada September hingga Disember 2017 itu, dua daripada tiga perkara tidak disiapkan dalam tempoh ditetapkan.

“Hanya 83.3 peratus projek pembanguna­n disiapkan mengikut tempoh ditetapkan manakala kutipan hartanah bagi tempoh 2015 dan 2016, masing-masing hanya mencapai 78.8 peratus dan 89.7 peratus.

“Bagaimanap­un, bilangan premis yang disewakan mencapai sasaran tahun 2015 dan 2017, masing-masing sebanyak 93.1 peratus dan 90.2 peratus,” kata laporan itu.

Laporan itu turut menjelaska­n aspek pengurusan hartanah MAIS membabitka­n perancanga­n dan pemantauan projek serta penyelengg­araan premis adalah baik.

Bagaimanap­un, laporan itu menyebut terdapat kelemahan dari aspek sewaan dan penjualan, pencapaian hasil projek, pentadbira­n kontrak dan pemantauan menjejaska­n tahap kecekapan pengurusan hartanah

MAIS.

“Sebanyak 45 daripada 461 premis tidak disewakan antara empat hingga 69 bulan menyebabka­n MAIS kehilangan hasil sewaan hartanah berjumlah RM9.06 juta,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia