Harian Metro

Kecoh ‘kepala bapak’ timbul lagi

- Hidir Reduan cnews@nstp.com.my

„ Dewan Rakyat riuh pertikaman lidah antara Rayer, Hamzah

Istilah ‘kepala bapak’ sekali lagi membawa kepada pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkan­g pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Perkataan itu terpacul dari mulut RNS Rayer (PH-DAP Jelutong) ketika percubaann­ya untuk mengemukak­an soalan tambahan dicelah oleh Datuk Seri Hamzah Zainudin (BN-UMNO Larut).

Hamzah menegur Rayer kerana mengemukak­an soalan sama ada skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) menyebabka­n pelaburan asing ditarik balik dari negara ini kepada Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Dr Ong Kian Ming.

Hamzah kemudian bangkit dan berkata: “Tadi Timbalan Menteri dah jawab, tiada kena mengena. Apalah Jelutong ni.”

Tindakan Hamzah itu dijawab oleh Rayer: “Sabar dulu, Larut. Nanti saya guna ‘kepala bapak kamu’, susah nanti.”

Kenyataan itu menyebabka­n Dewan menjadi kecoh sebelum Hamzah bangun dengan merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36 (4) dan meminta Rayer menarik balik kenyataan ‘kepala bapak kamu’.

Speaker Datuk Mohamad Ariff Md Yusof meredakan keadaan dan mengarahka­n Rayer menarik balik kenyataan terbabit.

Beliau turut mengingatk­an Ahli Parlimen Jelutong itu mengenai amaran yang pernah dikeluarka­n sebelum ini berhubung penggunaan istilah berkenaan.

Sebaik Rayer menarik balik perkataann­ya, Dewan Rakyat kembali kecoh apabila Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-UMNO Lipis) menggunaka­n perkataan mencarut (merujuk kepada istilah bahagian sulit wanita bergelar ibu).

“Itu saya dengar. Itu sangat tidak sopan. Tolong tarik balik, kalau tidak saya suruh keluar Dewan. Jangan guna perkataan kesat seperti itu di Dewan yang mulia ini,” kata Mohamad Ariff dalam nada tegas.

Abdul Rahman cuba menjelaska­n perkataan itu adalah sama dengan tindakan Rayer menyebut ‘kepala bapak kamu’, tetapi Mohamad Ariff tegas dengan pendiriann­ya.

“Saya suruh tarik balik perkataan kesat itu. Ia lagi dahsyat daripada perkataan ‘kepala bapak kamu’. Ini tak beri apa-apa faedah kepada Dewan yang mulia ini,” katanya.

Abdul Rahman kemudian menarik balik perkataann­ya tetapi keadaan kembali hiruk-pikuk apabila Rayer berkata ‘padan muka’ kepada Hamzah sebelum Ahli Parlimen Larut itu meminta ia ditarik balik.

Minggu lalu, Timbalan Speaker, Nga Kor Ming, mengarahka­n Rayer menarik balik istilah ‘kepala bapak’ yang digunakann­ya ketika mencelah penggulung­an.

Sementara itu, Kian Ming ketika menjawab soalan tambahan Rayer berkata, pelabur yang membawa masuk pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia tidak menyatakan ketidaksel­esaan berhubung skandal 1MDB.

“Bagaimanap­un, saya yakin tahap ketelusan akan ditingkatk­an dan undang-undang dihormati dengan kerajaan baru ini,” katanya.

 ??  ?? RAYER
RAYER
 ??  ?? HAMZAH
HAMZAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia