Harian Metro

Tender terbuka pembinaan RUMAWIP

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Wilayah sedia meneruskan pembinaan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutua­n (RUMAWIP) menerusi tender terbuka demi manfaat warga kota.

Menterinya Khalid Samad berkata, ketirisan pentadbira­n terdahulu memberi cabaran baginya menyelesai­kan pelbagai isu terutama kos projek perumahan.

Katanya, RUMAWIP mempunyai matlamat yang baik untuk menggantik­an rumah usang Program Perumahan Rakyat (PPR).

“Kementeria­n sedia meneruskan pembinaan RUMAWIP, PPR dan perumahan awam. PPR memang wajar ditukar dengan RUMAWIP kerana ada yang usianya 50 tahun sebelum kewujudan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) lagi.

“Kami menyedari kes tender tidak terbuka sebelum ini dan rundingan terus kepada pemaju tertentu yang mendedahka­n berlakunya salah guna kuasa dan penyelewen­gan.

“Jawatankua­sa khusus akan diwujudkan bagi memastikan penjualan tanah dibuat menerusi tender terbuka dan tawaran terbaik,” katanya ketika menggulung perbahasan titah diraja bagi pihak kementeria­n di Dewan Rakyat, semalam.

Fahmi Fadzil (PH-PKR Lembah Pantai) yang diberi laluan mencelah, mengetenga­hkan rungutan penduduk miskin bandar yang menganggap harga ditawarkan bagi RUMAWIP masih terlalu tinggi.

“Ia menyebabka­n anak jati bandar raya terpaksa membeli rumah di luar seperti Semenyih dan Rawang, sekali gus kian terpinggir dari tempat asal,” katanya.

Khalid berkata, kerajaan komited membangunk­an kawasan perumahan dalam lingkungan kemampuan golongan sasar.

 ?? Khalid ?? Kementeria­n sedia meneruskan pembinaan RUMAWIP, PPR dan perumahan awam. PPR memang wajar ditukar dengan RUMAWIP”
Khalid Kementeria­n sedia meneruskan pembinaan RUMAWIP, PPR dan perumahan awam. PPR memang wajar ditukar dengan RUMAWIP”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia