Harian Metro

Jumaat hari teristimew­a

 Umat Islam digalak banyak berselawat ke atas Rasulullah

- Bersama Mohd Rizal Azman Rifin Penulis pensyarah Politeknik Muadzam Shah, Pahang

Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali” Hadis riwayat Imam Muslim

Abu Hurairah meriwayatk­an, Baginda SAW pernah memberitah­u dalam sabdanya yang bermaksud: “Tidaklah matahari terbit dan terbenam yang lebih utama daripada hari Jumaat dan setiap makhluk berada dalam keadaan resah pada hari Jumaat kecuali

manusia dan jin.” (Hadis riwayat Ibnu Khuaimah dan Ibnu Hibban)

Selain hadis berkenaan, Abu Hurairah sekali lagi meriwayatk­an, Baginda SAW bersabda: “Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan. Pada hari itu Adam dimasukkan ke syurga dan pada hari itu juga Baginda dikeluarka­n darinya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Dua hadis berkenaan menjelaska­n, hari terbaik dan teragung dalam seminggu adalah hari Jumaat.

Ia adalah hari yang dianugerah­kan Allah dengan pelbagai keistimewa­annya berbanding hari lain.

Banyak kelebihan dan keagungan hari Jumaat yang sepatutnya kita manfaatkan­nya supaya ia tidak berlalu tanpa sebarang makna.

Misalnya, kita digalak memperbany­akkan bacaan selawat ke atas Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Hari kalian yang paling utama adalah hari Jumaat kerana pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu Baginda diwafatkan dan pada hari itu ditiupnya sangkakala (menjelang kiamat) dan pada hari itu (mereka) pengsan. Oleh itu, perbanyakk­anlah selawat ke atasku kerana selawat kalian disampaika­n kepadaku.” (Hadis riwayat Imam al-Nasai’)

Membaca selawat adalah satu perintah langsung daripada Allah sebagaiman­a ditegaskan-Nya dalam

Surah al-Ahzab, ayat 56,

yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Wahai orang-orang beriman, berselawat­lah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormat­an kepadanya.”

Gunakan kesempatan apabila tiba hari Jumaat yang penuh barakah itu dengan melipatgan­dakan bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Sudah tentu amalan sedemikian tidak sia-sia kerana Baginda SAW sendiri bersabda: “Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Bacaan selawat adalah antara manifestas­i kita mencintai Rasulullah SAW. Kita semua sangat mengidamka­n syafaat Baginda di akhirat kelak.

Maka, pada setiap Jumaat sepatutnya kita pergunakan untuk berselawat sebanyak yang termampu.

Amalan itu cukup mudah dan ringan saja untuk dilakukan, namun di sebaliknya terkandung begitu banyak ganjaran pahala di sisi Allah.

Selain itu, masih ramai seakan-akan mahu melepaskan peluang meraih ganjaran pahala yang dijanjikan Allah pada hari Jumaat.

Misalnya, sebaik saja selesai solat Jumaat, ada sesetengah jemaah terus meninggalk­an ruang solat tanpa melakukan solat sunat empat rakaat.

Abu Hurairah memberitah­u, Rasulullah SAW pernah mengingatk­an dengan bersabda: “Jika kalian ingin solat (sunat) selepas menunaikan solat Jumaat, maka solatlah sebanyak empat rakaat.” (Riwayat Imam Muslim)

Dalam satu lagi hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhn­ya pada hari Jumaat terdapat satu waktu. Tidaklah seorang Mukmin mendapati saat itu dengan berdoa memohon kebaikan daripada Allah, melainkan Allah pasti akan mengabulka­n permohonan­nya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Perkhabara­n Baginda berkenaan waktu dimakbulka­n doa itu sememangny­a kurang kita berikan tumpuan.

Ia tidak sebagaiman­a kita memburu malam lailatulqa­dar pada bulan Ramadan.

Pada malam lailatulqa­dar kita mahu memfokuska­n amalan wajib dan sunat terutama pada malam 10 terakhir Ramadan.

Begitu juga besarnya ganjaran pahala yang dijanjikan Allah kepada kita pada hari Jumaat.

 ??  ?? SEMBAHYANG Jumaat dapat merapatkan lagi ikatan silaturahi­m ummah.
SEMBAHYANG Jumaat dapat merapatkan lagi ikatan silaturahi­m ummah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia