Harian Metro

Dua sifat baik insan disukai Ilahi

-

Allah SWT mencintai kelembutan dalam semua perkara yang dilakukan hamba-Nya.

Ibnu Abbas meriwayatk­an, Rasulullah SAW pernah berkata kepada alAsyjij: “Kamu mempunyai dua sifat yang membuat Allah SWT dan rasul-Nya suka: Lemah lembut dan murah hati.” (RIwayat

Muslim)

Sikap lemah lembut perlu dipamerkan kepada sesiapa saja tanpa memilih orang tertentu atau mengingink­an sesuatu daripadany­a.

Contohnya, seorang lelaki di tempat kerjanya terkenal sebagai seorang yang cukup lembut tutur katanya dan bersopan santun terhadap rakanrakan­nya.

Bagaimanap­un, apabila berada di rumah, perwatakan­nya berbeza sekali kerana dia seorang yang panas baran, kasar dan selalu memarahi isteri dan anak-anaknya.

Imam al-Ghazali menyatakan, sifat lemah lembut sebagai kalah dan tunduknya potensi kemarahan terhadap bimbingan akal.

Menurutnya, sifat lemah lembut yang tumbuh dalam diri manusia perlu dimulai dengan melatih diri menahan amarah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Orang yang menahan kemarahann­ya dan orang yang memaafkan kesalahan orang.” (Surah Ali Imran, ayat 134)

Orang yang sedang marah, wajahnya bertukar menjadi buruk, badannya gementar serta tingkah lakunya tidak terkawal.

Jika dia berdiri di hadapan cermin dan melihat wajahnya yang sedang marah ketika itu pasti dia akan berasa sangat malu melihat raut wajahnya.

Rasulullah SAW menghiasi dirinya dengan sifat lemah lembut supaya Baginda dapat menjadi ikutan buat umat manusia.

Allah SWT berfirman dalam Surah Ali Imran, ayat 133-134 yang bermaksud: “Dan segeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa iaitu orang yang mendermaka­n hartanya pada masa senang dan susah, orang yang menahan kemarahann­ya, dan orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkaraper­kara yang baik.”

Dalam sejarah kenabian, terdapat banyak kejadian yang mempamerka­n sikap lembut Rasulullah SAW.

Antaranya, kemuncak sikap Rasulullah SAW ketika Baginda memaafkan pembunuh bapa saudaranya, Hamzah bin Abdul Mutalib yang juga seorang pendakwah yang banyak berkorban demi Islam.

Pembunuhan Hamzah dilakukan Wahsyi bin

Harb ketika sedang berkecamuk­nya Perang Uhud.

Beberapa tahun kemudian selepas Rasulullah SAW berjaya menguasai Kota Makkah, Wahsyi melarikan diri ke Thaif.

Pengaruh Baginda ketika itu cukup kuat sehinggaka­n ramai penduduk Thaif memeluk Islam.

Melihat keadaan itu menyebabka­n Wahsyi semakin bimbang sehingga dia merancang untuk ke Syam, Yaman dan negeri lain.

Namun, belum sempat berbuat demikian, ada orang menasihati­nya menyatakan Rasulullah tidak akan membunuh orang yang masuk agamanya dan mengucapka­n syahadah.

Mendengar nasihat itu, Wahsyi berasa tenang dan membuat keputusan untuk menghadap Rasulullah di Madinah.

Dalam keadaan berdiri, dia mengucapka­n syahadah di hadapan Rasulullah yang sedang duduk di dalam masjid.

Ketika Rasulullah bertanya: “Kamukah Wahsyi?” Wahsyi menjawab, “Ya benar, wahai Rasulullah.”

Lalu Baginda memintatan­ya duduk dan menceritak­an bagaimana dia berjaya membunuh Hamzah.

Selepas selesai menceritak­an semuanya, Baginda berkata, “Pergilah kamu, jangan sampai saya melihat wajah kamu lagi.”

Dalam as-Sirah an-Nabawiyyah menyatakan, Wahsyi selalu bersembuny­i supaya Baginda tidak melihatnya hingga Baginda meninggal dunia.

Jelas, keistimewa­an dan kemampuan Rasulullah menahan amarahnya sehingga tidak membalas orang yang membunuh kejam bapa saudaranya.

Sedangkan Baginda boleh saja memerintah­kan sahabatnya untuk membunuh Wahsyi, apatah lagi sahabatnya memang sudah bersedia mahu membunuh lelaki berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia