Harian Metro

Aturan hukum berbentuk rahmat

- Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang

Masyarakat negara ini kian berdepan dengan perbahasan mengenai gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transeksua­l (LGBT). Masyarakat juga sering dipaparkan dengan gaya hidup mereka yang boleh ditonton di media sosial, bukan saja oleh orang dewasa, malah remaja dan kanak-kanak.

Pelik, apabila posting mereka di media sosial mendapat banyak ‘like’, walaupun pada masa sama masyarakat tidak bersetuju dengan penampilan mereka. Adakah kita sudah ke arah normalisas­i atau menjadikan LGBT sesuatu yang normal di negara ini?

Berdasarka­n undang-undang negara, LGBT ialah satu kesalahan. Seksyen 377A, 377B dan 377C Kanun Keseksaan memperuntu­kkan bahawa perlakuan amalan seks luar tabii, sama ada secara sukarela atau paksa ialah satu kesalahan jenayah dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan.

Undang-undang Jenayah

Syariah negeri dan Wilayah Persekutua­n juga memperuntu­kkan hukuman bagi perbuatan liwat, musahaqah (lesbian), orang lelaki berlagak seperti perempuan dan perbuatan tidak sopan di tempat awam, seperti Seksyen 25, 26, 28 dan 29, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutua­n) 1997.

Di peringkat antarabang­sa, sejak 2013, melalui Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process

(COMANGO) melalui landasan Semakan Berkala Sejagat (UPR) yang disediakan Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mereka melontarka­n beberapa tuntutan bagi pihak komuniti LGBT, termasuk memansuhka­n Seksyen 377A Kanun Keseksaan (Akta 574) yang sekarang ini menjadikan perbuatan seks luar tabii sebagai suatu jenayah.

Mereka juga mendesak agar isu orientasi seksual dan identiti jantina (SOGI) diberikan perhatian termasuk dengan memberikan kebebasan ekspresi kepada semua mengikut pilihan masing-masing.

Dengan bahasa mudah, mereka mahu perkataan ‘gender’ diberi takrifan yang lebih luas iaitu bukan saja lelaki atau perempuan, tetapi termasuk jantina yang boleh ditakrifka­n mengikut social

construct atau acuan sosial. Mendesak mereka diberikan lebih hak, memansuhka­n undang-undang yang mengharamk­an perlakuan mereka, pada masa sama giat mempromosi­kan gaya hidup, adalah antara agenda strategik mereka untuk memastikan gejala LGBT terus berleluasa tanpa kekangan.

Hujah terbaru, golongan LGBT melakukan solat, berpuasa, mengeluark­an zakat, menunaikan haji dan umrah sama seperti orang Islam yang lain, tetapi mereka cuma songsang daripada orientasi seksual mereka saja.

Islam sebagai agama Rahmatan Lil Alamin sudah pasti memberikan panduan dalam menyantuni golongan ini. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Kami tidak mengutus engkau, Wahai Muhammad, melainkan sebagai rahmat bagi seluruh manusia.” (Al Anbiya: 107)

Nabi Muhammad SAW diutus dengan membawa ajaran Islam sebagai rahmat bagi seluruh manusia iaitu dalam bentuk kasih sayang Allah kepada seluruh manusia. Maka, hukum syariat dan aturan dalam Islam juga adalah bentuk rahmat dan kasih sayang Allah Ta’ala kepada makhluk-Nya.

Bentuk rahmat bagi orang yang beriman kepada ajaran yang dibawa Nabi Muhammad SAW, adalah rahmat yang sempurna dalam bentuk kebahagiaa­n di dunia dan di akhirat. Adakah golongan LGBT ini bahagia dengan dunia melawan arus dan kejadian tabii mereka? Adakah mereka bahagia apabila penampilan mereka menyakiti dan menyinggun­g perasaan masyarakat yang lain?

Dijelaskan oleh Muhammad bin Jarir Ath Thabari dalam tafsirnya, ‘rahmat bagi orang beriman, iaitu Allah memberinya petunjuk dengan sebab diutusnya Rasulullah SAW. Baginda SAW memasukkan orang beriman ke dalam syurga dengan iman dan amal mereka terhadap ajaran Allah.’

Keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya adalah dengan menolak dan membenci segala penentanga­n terhadap ajaran Rasulullah SAW serta membenci orang yang melakukann­ya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Akan tetapi, Allah telah membuat cinta kepada kalian iman dan menghiasin­ya di kalbu kalian dan membuat hati kalian benci terhadap kekufuran, kefasikan, dan maksiat.” (Al-Hujurat, ayat 7)

Islam akan menjadi rahmat kepada sekalian alam sekiranya manusia yang percaya kepada ajaran Nabi SAW melaksanak­an apa yang disuruh dan menolak atau membenci segala apa yang dilarang. Perbuatan LGBT adalah sesuatu yang dilarang oleh ajaran Islam. Larangan tersebut juga dikanunkan dan dijadikan undang-undang dalam negara ini.

Ironinya, apabila telah diwujudkan undang-undang tetapi tidak dikuatkuas­akan atau apabila masyarakat merasa seronok dan menekan ‘like’ apabila melihat gelagat mereka, menunjukka­n seolah-olah kita menunjukka­n merasa belas kasihan terhadap golongan ini.

Sedangkan berdasarka­n tafsir surat Al Anbiya ayat 107 itu, Islam sebagai rahmat Allah bukan bermakna berbelas kasihan kepada pelaku kemungkara­n dan membiarkan mereka berterusan dalam kemungkara­nnya.

Orang yang merasa cinta dan sayang kepada orang yang melakukan maksiat, sepatutnya menasihati dan mengingkar­i maksiat yang dilakukann­ya serta mengarahka­nya untuk melakukan amal kebaikan.

Mengambil tindakan menurut undang-undang bukan bermaksud menyantuni mereka secara kasar atau bertujuan menghukum semata-mata. Ia adalah sebahagian daripada penonjolan kasih sayang agama dan nasihat terhadap golongan ini. Dalam Islam, wajib menasihati bila ada saudaranya terjerumus dalam kesalahan. Bukankah orang beriman itu saling menasihati dalam kebaikan? Bahkan menasihati orang yang menyimpang daripada ajaran agama adalah bentuk kasih sayang kepada orang tersebut. Sedangkan orang yang mengetahui saudaranya terjerumus dalam maksiat tetapi mendiamkan diri, baginya suatu dosa.

Rahmatan lil alamin tidak bererti bebas tanpa batas atau tolerasi tanpa aturan atau berhujah tanpa dalil. Rahmatan lil alamin yang sebenarnya, mengandung dua aspek yang berkait antara satu sama lain, iaitu kelembutan dan ketegasan.

Isu LGBT bukan hanya terhad kepada kehidupan atau peribadi seseorang individu atau pengamal LGBT. Ia akan menimbulka­n konflik baru daripada sudut kesihatan, isu jantina, menambahka­n kecelaruan nilai dan pegangan, menimbulka­n pertembung­an hak dan kebebasan, malah boleh menjurus ke arah keruntuhan institusi keluarga. Anak-anak akan menjadi mangsa ideologi yang diselindun­gi dengan kebebasan dan hak peribadi. Wallahu’alam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia