Harian Metro

DEDIKASI UNTUK PENGHIDAP KANSER

Sakit buatkan Awi sedar kegembiraa­n hasilkan lagu lebih penting daripada kejar pencapaian

- DARI MUKA R23

Baru saja melancarka­n klip video lagu Ini Semua Dunia bulan lalu, Awi Rafael cukup gembira melihat maklum balas positif daripada peminat yang rata-rata menyukai karya berkenaan.

Dimuatkan dalam album baharunya berjudul Euphoria, penyanyi kelahiran Singapura ini turut menggubah lagu Kau Di Hatiku didedikasi­kan khas buat penghidap kanser.

Kata Awi, gandingan kali kedua bersama Altimet itu bawa makna besar buat dirinya. Dia tidak mengharapk­an apa-apa kerana perasaan ketika tampil dengan lagu itu umpama memenangi anugerah.

“Saya tidak mengharap apa-apa untuk lagu ini. Walaupun lagu Kalau Aku Kaya pernah hit tetapi untuk berjaya sama seperti sebelum ini, itu gila. Mustahil untuk buat sama seperti sebelum ini.

“Lagu ini diterima baik pun sudah cukup menggembir­akan saya. Tidak ramai yang buat lagu seperti ini, jadi apabila saya menyanyika­nnya khas buat pesakit kanser, rasa puas itu sama seperti menang anugerah,” katanya.

Lama sakit kerana mengalami ekzema yang teruk, tempoh itu membuatkan Awi sedar kegembiraa­n dalam menghasilk­an sesebuah lagu itu lebih penting daripada mengejar pencapaian.

Selepas lagu Manusia Sempurna, Awi terus mencipta lagu berkonsepk­an Ketuhanan dan karya sarat suntikan moral. Tanpa meletakkan sebarang harapan, Awi hanya ingin berkarya.

“Sebenarnya, saya tidak jangka pun Manusia Sempurna berjaya menggondol anugerah pada majlis Anugerah Planet Muzik. Ketika menulis lagu ini saya terfikir hanya gologan berusia yang akan dengar.

“Mungkin sebab usia kian meningkat, saya cenderung menulis lagu berkonsepk­an ketuhanan dan suntikan moral. Saya percaya lagu sebegini akan diterima kerana sekarang ramai yang mencari reda Ilahi,” katanya.

Awal pembabitan,

Awi berhijrah ke Malaysia berbekalka­n wang 250 dolar Singapura, sebuah gitar dan lagu Pulanglah. Dia tidak menyangka lagu itu berjaya menjadikan dirinya dikenali umum.

Sepanjang bergelar anak seni, bukan pengiktira­fan yang dikejarnya malah dia tidak pernah mengharapk­an lagu seterusnya akan meraih lebih kejayaan berbanding karya terdahulu.

Awi berkata, dia menceburi dunia muzik kerana cinta mendalam. Awi juga gembira menjalani kehidupan sebagai anak seni kerana dia sentiasa bersikap jujur dengan diri sendiri.

“Setiap kali menghasilk­an lagu baharu, saya buat kerana minat. Tidak ada niat lain.

“Saya individu yang yakin dan gembira dengan apa yang saya lakukan. Saya berlaku jujur dengan diri sendiri. Saya ikhlas menghasilk­an lagu,” katanya.

- Ardini Sophia Sina

Mungkin sebab usia kian meningkat, saya cenderung menulis lagu berkonsepk­an ketuhanan dan suntikan moral

awi

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia