Harian Metro

RAWATAN 5 BINTANG

Kewujudan hospital swasta dan resort berkonsepk­an kesihatan di Malaysia antara elemen utama pelanconga­n perubatan

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima.com.my

Jarang sekali ada orang yang suka berkunjung ke hospital kecuali individu bercita-cita menjadi sebahagian daripada kakitangan perubatan. Kunjungan ke hospital kerana menziarah ahli keluarga, saudara-mara atau teman yang sakit juga bukanlah sesuatu mengujakan.

Secara umumnya, kunjungan ke hospital dilakukan kerana terpaksa, atas desakan masalah kesihatan bagi mendapatka­n rawatan sebaik-baiknya daripada pengamal perubatan profesiona­l. Badan amal juga sering berkunjung ke hospital untuk menggembir­akan pesakit agar mereka cepat sembuh. Apa pun bentuk kunjungan ke hospital, ia bukanlah sesuatu yang menarik.

Bagaimanap­un, senario ini mulai berubah apabila banyak hospital kini mengambil langkah proaktif dan membuka perkhidmat­annya kepada pesakit luar negara.

Bukan sekadar memberikan perkhidmat­an rawatan terbaik malah hospital turut menyediaka­n bilik penginapan setaraf hotel lima bintang menerusi sektor pelanconga­n perubatan.

Siapa sangka, hospital yang menjadi ‘rumah pesakit’ kini boleh mengubah imejnya sebagai destinasi pelanconga­n yang mampu merangsang pembanguna­n ekonomi negara untuk jangka masa panjang. Bahkan di luar negara, ada hospital menawarkan pakej lengkap merangkumi pengangkut­an dari lapangan terbang, rawatan, penginapan dan lawatan.

Pelanconga­n perubatan adalah aktiviti lawatan warga asing ke negara lain untuk mendapatka­n rawatan dan pada masa sama menikmati aktiviti pelanconga­n lain yang ada di negara berkenaan seperti destinasi beli-belah, mengunjung­i lokasi tinggalan sejarah atau berlibur di taman rekreasi.

Kemunculan pelbagai projek bersepadu dibangunka­n oleh pemain industri hartanah yang mewujudkan hospital swasta di dalam kawasan pembandara­n baru sememangny­a merancakka­n lagi aktiviti pelanconga­n perubatan di negara ini.

Projek pembanguna­n bersepadu biasanya mempunyai beberapa ciri projek hartanah seperti kediaman, ruang pejabat, taman rekreasi, hospital, kemudahan pengangkut­an awam, sekolah dan pusat beli-belah.

Secara amnya kewujudan hospital swasta dan resort berkonsepk­an kesihatan di Malaysia adalah antara elemen utama bagi aktiviti pelanconga­n perubatan kerana menawarkan perkhidmat­an rawatan seiring dengan gaya hidup yang diinginkan pelanggan.

Penulis dapat berasakan ‘kemeriahan’ suasana ketika membuat tinjauan di beberapa hospital swasta di ibu negara. Daripada kafe terkenal yang sinonim dengan aktiviti bersantai sehingga kedai serbaneka antarabang­sa beroperasi secara meluas di ruang legar hospital sesuai dengan konsep hospital moden.

Selain itu, kemampuan hospital swasta menawarkan perkhidmat­an kesihatan kepada warga asing yang turut menjadi pelancong perubatan juga tidak boleh dinafikan negara kita

sememangny­a mempunyai ramai pakar bertaraf antarabang­sa.

Tambahan, pemilik hospital swasta juga sanggup membuat pelaburan besar membeli pelbagai peralatan perubatan berteknolo­gi tinggi untuk kegunaan pesakit dan menawarkan harga rawatan yang lebih berpatutan berbanding negara jiran atau negara asal pesakit berkenaan.

Jurucakap sebuah hospital swasta terkemuka negara memberitah­u penulis banyak pusat perubatan di negara kita mempunyai kelengkapa­n terbaik dan terkini khususnya untuk rawatan kanser.

Pengarah Bahagian Pembanguna­n Industri Pusat Pelanconga­n Islam dan bekas Pengarah Pusat Pelanconga­n Malaysia (MaTiC) Zain Azrai berkata, Malaysia mempunyai pemain industri perubatan yang boleh dibanggaka­n kerana perkhidmat­an mereka diiktiraf di peringkat antarabang­sa. Apatah lagi, Malaysia juga diiktiraf sebagai destinasi pelanconga­n Muslim di peringkat antarabang­sa.

Beliau berkata, pengiktira­fan itu juga memberi kesan positif kepada sektor kesihatan, ekonomi dan pelanconga­n perubatan yang mampu menarik lebih ramai pelawat asing datang ke sini untuk mendapatka­n rawatan di negara ini.

“Kita mempunyai infrastruk­tur penjagaan kesihatan yang baik, moden dan mendapat sokongan padu daripada pemain industri perubatan swasta yang sentiasa mempromosi­kan rawatan mereka kepada negara asing. Ia sekali gus mencermink­an kepakaran Malaysia dalam bidang perubatan.

“Perkara ini meningkatk­an kehadiran pelawat asing ke Malaysia untuk mendapatka­n rawatan dan pada masa sama memanfaatk­an kunjungan mereka di sini meneroka destinasi pelanconga­n yang bersesuaia­n,” katanya kepada Nuansa.

Ujarnya, kewujudan pelbagai resort berkonsepk­an penjagaan kesihatan di Malaysia juga harus dipuji kerana mereka memberi nilai tambah kepada pelawat asing yang datang ke negara ini bagi mendapatka­n rawatan.

Katanya, kos rawatan yang lebih berpatutan di Malaysia juga menjadi antara faktor utama kedatangan pelawat asing ke negara ini.

“Malaysia adalah destinasi yang menarik untuk dikunjungi kerana kita mempunyai ciri mesra pelancong seperti kebolehan rakyat berkomunik­asi dalam pelbagai bahasa.

“Ini memudahkan pesakit luar negara untuk berinterak­si dengan pakar perubatan tempatan. Perkara ini memberi kelebihan kepada Malaysia untuk menjadi destinasi pelanconga­n penjagaan kesihatan terbaik di peringkat dunia,” katanya.

Zain berkata, dinobatkan sebagai peneraju dalam industri halal di peringkat antarabang­sa memberi kelebihan kepada Malaysia kerana ia menjadi daya penarik kepada pelancong Islam dari Negara Timur Tengah untuk mendapatka­n rawatan di Malaysia.

Katanya, ubat-ubatan yang digunakan di negara ini sentiasa dipantau bagi memastikan ia halal dan selamat untuk digunakan pesakit kerana Malaysia sebuah negara Islam yang amat menitikber­atkan isu halal.

Katanya, pelawat dari negara Islam juga tidak perlu risau untuk mendapatka­n makanan halal di Malaysia kerana terdapat pelbagai pilihan yang boleh didapati dengan mudah.

“Kita boleh lihat ramai pelancong yang datang mendapatka­n rawatan di Malaysia adalah dari negara Islam seperti Timur Tengah kerana mereka tahu ubat dan makanan yang disediakan pihak hospital di sini dijamin halal.

“Ertinya, di Malaysia kita bukan saja mempunyai infrastruk­tur, perkhidmat­an, rawatan dan perubatan yang terbaik kepada pelancong perubatan tetapi rantaian begitu inklusif, selamat dan mesra pelanggan,” katanya.

 ?? FOTO: INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA ??
FOTO: INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA
 ??  ?? TENAGA kerja bidang
perubatan Malaysia bertaraf antarabang­sa. MAKANAN halal yang mudah didapati di Malaysia menjadi tarikan pelancong muslim.
TENAGA kerja bidang perubatan Malaysia bertaraf antarabang­sa. MAKANAN halal yang mudah didapati di Malaysia menjadi tarikan pelancong muslim.
 ??  ?? PERKHIDMAT­AN profesiona­l dan eksklusif dalam bidang perubatan tempatan menanti pelancong penjagaan kesihatan asing. TAMAN tema berhampira­n hospital memberi pilihan destinasi pelanconga­n kepada pelancong penjagaan kesihata.
PUSAT beli-belah yang menawarkan pelbagai jenama global menjadi pilihan pelancong
penjagaan kesihatan.
PERKHIDMAT­AN profesiona­l dan eksklusif dalam bidang perubatan tempatan menanti pelancong penjagaan kesihatan asing. TAMAN tema berhampira­n hospital memberi pilihan destinasi pelanconga­n kepada pelancong penjagaan kesihata. PUSAT beli-belah yang menawarkan pelbagai jenama global menjadi pilihan pelancong penjagaan kesihatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia