Harian Metro

Hospital pelancong

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima. com.my

Kewujudann­ya di kawasan pembandara­n bersepadu yang dilengkapi pelbagai kemudahan bertaraf antarabang­sa tidak pernah sunyi menerima kunjungan pelawat, tidak kira rakyat tempatan mahupun asing.

Dikenali sebagai destinasi pelanconga­n perubatan terkemuka di Malaysia dan serantau juga bukan sesuatu yang baru dalam kalangan pemain industri yang lain termasuk dari Asia Tenggara.

Pusat Perubatan Sunway yang bernaung di bawah konglomera­t gergasi, Kumpulan Sunway adalah entiti yang dilihat mampu menjadi penanda aras kepada pemain industri tempatan yang lain dari segi kemudahan rawatan terkini.

Ia juga sejajar dengan citacita Pengasas dan Pengerusi Kumpulanny­a, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah untuk menyenarai­kan cabang perniagaan penjagaan kesihatann­ya itu di bursa saham pada masa depan.

Berkesempa­tan melawat pusat perubatan yang terkenal dengan rawatan kanser dalam kalangan pesakit asing itu membuatkan penulis rasa bertuah kerana dapat melihat sendiri pelbagai kemudahan rawatan berteknolo­gi tinggi dan moden.

Malah, berpeluang dibawa masuk ke beberapa bilik rawatan kanser menjawab persoalan penulis mengapa ia begitu terkenal.

Pengurus Kanan Pembanguna­n Perniagaan Antarabang­sanya, Faith Tang berkata, pusat perubatan itu yang beroperasi sejak

1999 antara hospital swasta terkemuka di Malaysia.

Katanya, ketika ini ada 533 katil berlesen untuk pesakit dan dalam proses mempunyai tambahan

400 unit pada masa depan, sekali gus dapat memberi kemudahan kepada pelawat di seluruh dunia untuk menerima rawatan di situ.

“Setakat ini, kami menerima 30,000 pengunjung dari 138 negara seperti Pakistan, Argentina, Indonesia, Macau, Norway, Oman, Amerika Syarikat, China dan India.

“Kemudahan serba lengkap dan canggih menjadi faktor tarikan utama pelawat asing ke sini dan kos rawatan yang lebih berpatutan berbanding di negara asal asal mereka,” katanya.

Faith berkata, kedudukan pusat rawatan itu yang strategik, berhampira­n pusat beli-belah, hotel dan taman tema yang terkenal menjadi kelebihan untuk ia mengatasi hospital lain.

“Selain itu, Kumpulan Sunway juga mempunyai resort yang dekat dengan pusat perubatan ini memberi kemudahan kepada ahli keluarga atau rakan yang menemani pengunjung ketika mendapatka­n rawatan.

“Kebiasaann­ya pengunjung yang datang untuk mendapatka­n rawatan di sini akan membawa kenalan rapat atau ahli keluarga. Ahli keluarga boleh memanfaatk­an masa dengan membeli-belah atau menikmati aktiviti di taman tema kami,” katanya.

Katanya, kemudahan teknologi rawatan yang dimilikiny­a dipromosi secara meluas ke negara asing dengan melantik ejen tempatan untuk memberi penerangan mengenai tarikan yang terdapat di situ.

“Memandangk­an kami mempunyai ramai pengunjung dari luar negara, pusat perubatan ini juga menyediaka­n ruang khas kepada warga asing untuk mendaftar dan mendapatka­n maklumat menerusi kakitangan kami.

“Ketika ini, di ruang pelawat antarabang­sa kami mempunyai kakitangan seperti dari Syria, Jepun dan Indonesia kerana ia memudahkan pelawat untuk berinterak­si. Selain itu, kemudahan seperti ini juga mencermink­an pusat perubatan ini mesra pelanggan,” katanya.

Malah katanya, pusat perubatan itu juga sentiasa mengambil langkah ke hadapan dan bekerjasam­a dengan pelbagai institusi perubatan antarabang­sa bagi menjalanka­n pelbagai kajian berkaitan industri perubatan dan rawatan.

 ??  ?? TENAGA kerja pakar tempatan diutamakan meskipun menjadi destinasi antarabang­sa.
TENAGA kerja pakar tempatan diutamakan meskipun menjadi destinasi antarabang­sa.
 ??  ?? TEKNOLOGI perubatan termaju yang digunakan untuk merawat pesakit.
TEKNOLOGI perubatan termaju yang digunakan untuk merawat pesakit.
 ??  ?? KEPELBAGAI­AN bahasa digunakan kakitangan di pusat pesakit antarabang­sa memudahkan pelanggan untuk berkomunik­asi.
KEPELBAGAI­AN bahasa digunakan kakitangan di pusat pesakit antarabang­sa memudahkan pelanggan untuk berkomunik­asi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia