Harian Metro

Bagai di rumah sendiri

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima. com.my

Hospital tawar suasana rawatan sambil

bersantai, layanan eksklusif

Bagi warga Shah Alam nama Pusat Perubatan Darul Ehsan yang beroperasi sejak 1998 pasti bukan sesuatu yang asing kerana ia sentiasa menjadi tumpuan bagi pesakit yang ingin mendapatka­n khidmat doktor pakar.

Baru-baru ini, ia melaksanak­an penjenamaa­n semula namanya kepada Avisena Specialist Hospital dan masih di bawah pengurusan syarikat yang sama, Avisena Holdings Sdn Bhd.

Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Nor Hafidah Mustapha berkata, Avisena menerima kunjungan pesakit secara purata 200,000 setahun dan angka itu sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.

Beliau berkata, pusat perubatan itu juga menerima kunjungan pelawat asing dengan purata dua peratus daripada keseluruha­n pelawat setahun dan dijangka meningkat dua kali ganda sebaik saja cawangan keduanya dibuka khusus untuk wanita dan kanakkanak, Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital pada suku pertama 2019.

“Setakat ini, kami menerima kunjungan pelawat luar negara seperti dari Yaman, Indonesia, Afrika Selatan dan

Australia. Kebanyakan­nya mendapatka­n rawatan bagi masalah pergigian, kesuburan, obstetrik dan ginekologi serta khidmat estetik yang ditawarkan di Avisena.

“Dari segi maklum balas, ia dilihat positif kerana setiap hari sekitar 96 peratus daripada

113 katil berlesen kami digunakan dan di sini kami menawarkan 100 bilik pelbagai tema,” katanya.

Selain popular dengan rawatan pergigian, hospital itu turut mempunyai pelbagai rawatan pakar lain seperti kardiologi, pediatrik, sakit puan, kesihatan kanak-kanak dan pembedahan.

Mengulas lanjut mengenai pelanconga­n perubatan yang ditawarkan di Avisena, katanya, kedudukann­ya di Shah Alam mampu menawarkan suasana rawatan sambil bersantai yang tersendiri kepada pengunjung.

Katanya, meskipun tidak mempunyai hotel atau resort sendiri, kawasan di sekeliling Avisena dilengkapi dengan infrastruk­tur pelanconga­n yang dibangunka­n oleh pihak lain dan boleh dinikmati keluarga pesakit khasnya.

“Di Shah Alam sendiri mempunyai tarikan pelanconga­n seperti membeli-belah dan aktiviti rekreasi komuniti yang tidak sesak seperti di kawasan bandar besar. Jika pesakit ingin bersantai selepas menerima rawatan, elemen melancong yang lebih menenangka­n ada di sini.

“Selain itu, hospital ini juga menawarkan persekitar­an yang bersifat seperti berada di rumah sendiri dan semua pelanggan dilayan secara eksklusif oleh kakitangan kami tanpa mengira latar belakang mereka ,” katanya.

Ditanya mengenai Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital yang bakal dibuka tidak lama lagi, dia berkata, hospital itu mempunyai keunikanny­a tersendiri bermula dari konsep bangunan sehingga tawaran perkhidmat­an berkaitan kesihatan dan rawatan untuk wanita dan kanakkanak.

Katanya, cawangan itu bakal menjadi hospital swasta paling tinggi di Malaysia dengan bangunan 19 tingkat berbanding kebanyakan hospital swasta tempatan lain hanya 12 tingkat.

“Hospital pakar baru ini menawarkan penjagaan kesihatan dan rawatan yang menyeluruh untuk kanak-kanak dan wanita selain mempunyai elemen nilai tambah seperti penjagaan kecantikan.

“Kami melihat konsep terbaru ini mampu menarik lebih ramai pelancong perubatan menggunaka­n perkhidmat­an Avisena pada masa depan,” katanya.

 ??  ?? RUANG menunggu yang selesa untuk layanan eksklusif kepada pengunjung. Di Shah
Alam sendiri mempunyai tarikan pelanconga­n seperti membelibel­ah dan aktiviti rekreasi komuniti yang tidak sesak seperti di kawasan bandar besar
RUANG menunggu yang selesa untuk layanan eksklusif kepada pengunjung. Di Shah Alam sendiri mempunyai tarikan pelanconga­n seperti membelibel­ah dan aktiviti rekreasi komuniti yang tidak sesak seperti di kawasan bandar besar
 ??  ?? PERALATAN perubatan berteknolo­gi tinggi untuk merawat pesakit.
PERALATAN perubatan berteknolo­gi tinggi untuk merawat pesakit.
 ??  ??
 ??  ?? KAKITANGAN yang mesra pelanggan.
KAKITANGAN yang mesra pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia