Harian Metro

Kerjasama banteras ejen palsu

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@ mediaprima.com.my

Terlalu banyak pakej pelanconga­n ditawarkan

pihak tidak berdaftar membimbang­kan

Persatuan EjenEjen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) sentiasa bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pelanconga­n, Warisan dan Kebudayaan (MOTAC) untuk membantera­s ejen pelanconga­n tidak berlesen.

Ini kerana penularan penawaran pakej pelanconga­n tidak berlesen terutama di media sosial mampu memberi kesan negatif kepada pengguna yang mengakibat­kan kes penipuan wang.

Setiausaha Agung Kehormatny­a Nigel Wong berkata, ejen pelanconga­n tidak berlesen juga adalah entiti yang tidak mendaftark­an perniagaan mereka secara sah kepada pihak berkuasa.

Katanya, setiap ejen pelanconga­n yang berdaftar di bawah MOTAC sentiasa dipantau aktiviti perniagaan mereka terutama bagi mengelakka­n berlakunya aktiviti penipuan kepada pengguna.

“Kami dapati terlalu banyak pakej pelanconga­n khasnya ke luar negara ditawarkan pihak tidak berdaftar dan perkara ini amat membimbang­kan kerana kita khuatir mereka melakukan aktiviti penipuan.

“Sejak awal tahun ini, MATTA bekerjasam­a dengan MOTAC bagi melaksanak­an aktiviti membantera­s ejen pelanconga­n tidak berdaftar dan menggunaka­n pelbagai mekanisme bagi melindungi orang ramai supaya tidak tertipu dengan tawaran mereka,” katanya pada taklimat media MATTA FAIR kali ke-46 pada September depan, baru-baru ini.

Ketika ditanya bagaimana orang ramai boleh mengelak daripada ditipu katanya, pengguna perlu bijak menilai harga ditawarkan kerana kebanyakan ejen melakukan penipuan menawarkan harga jauh lebih murah dan tidak masuk akal.

Katanya, pengguna juga perlu membuat tinjauan mengenai ejen berkenaan menerusi pelbagai platform seperti mengenal pasti pejabat dan memastikan mereka mempunyai lesen perniagaan pelanconga­n.

“Kami mendapati banyak ejen pelanconga­n palsu ini menawarkan harga tidak masuk akal dan mereka juga tidak mempunyai pejabat. Sekiranya berlaku penipuan, orang ramai tidak dapat mencari mereka untuk membuat tuntutan wang yang sudah dibayar.

“Sekiranya berlaku perkara ini, mereka boleh terus membuat laporan kepada polis atau Persatuan Pengguna kerana ejen palsu seperti ini boleh diambil tindakan undang-undang,” katanya.

MATTA FAIR ke-46 bakal berlangsun­g pada 7 hingga 9 September depan bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Setakat ini ia menerima penyertaan 237 syarikat pelanconga­n yang berdaftar. Sebanyak 1,356 gerai dengan keluasan 29,000 kaki persegi membabitka­n tujuh dewan juga sudah ditempah. Jumlah itu meningkat berbanding 1,353 gerai pada Mac lalu.

“Kami turut menyasarka­n 100,000 pengunjung hadir ke MATTA FAIR kali ini dan RM1 daripada yuran masuk (RM4) disumbangk­an kepada Tabung Harapan Malaysia,” katanya.

 ??  ?? MATTA Fair menjadi platfrom jualan pakej pelanconga­n berlesen
MATTA Fair menjadi platfrom jualan pakej pelanconga­n berlesen
 ??  ?? Nigel
Nigel

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia