Harian Metro

DARI BENGKEL KE PENTAS PERAGAAN

Mohmad Aidil Fitir juga pasang impian bergelar pelakon

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Seawal usia 15 tahun, Mohmad Aidil Fitir Azeeli, 25, sudah mula berdikari dengan bekerja sebagai mekanik di bengkel selain melakukan beberapa pekerjaan lain.

Meskipun tiada pengalaman, pemuda yang menetap di Simpang Renggam, Johor ini nekad mengubah nasib diri dengan bermula dari bawah dan kesungguha­nnya ternyata berbaloi apabila dapat membuka bengkel bermodalka­n wang sendiri tiga tahun lalu.

Mohmad Aidil Fitir berkata, perubahan positif itu sedikit pun tidak meletakkan dirinya di zon selesa sebaliknya lebih membakar semangat untuk terus berusaha memajukan diri.

“Sebenarnya saya tiada kemahiran asas membaiki kenderaan jauh sekali lulusan dalam bidang automatif kerana setakat belajar sehingga tingkatan lima.

“Permulaan saya sebagai mekanik di bengkel juga tidak berbekalka­n kemahiran sebaliknya belajar sendiri ketika bekerja.

“Daripada situ, saya timba pengalaman dan gunakannya untuk menguruska­n bengkel yang diusahakan ketika ini,” katanya yang juga anak kedua daripada empat beradik.

Mohmad Aidil berkata, kesibukan menguruska­n bengkel bukan halangan untuknya turut serta dalam aktiviti lain.

Sebaliknya, dia bijak merebut peluang antaranya dengan menerima tawaran berlakon, peragaan dan menyertai pertanding­an badan cantik.

“Tahun lalu, saya cuba mengambil bahagian dalam pencarian lelaki badan cantik, Man Hunt di Johor Bahru dan mendapat tempat ketiga dalam pertanding­an itu.

“Sejak itu, saya menerima tawaran sebagai model untuk beberapa pertunjuka­n fesyen dan terbaru, saya terpilih mewakili negara dalam pertanding­an Man of The World 2018 di Manila, Filipina.

“Walaupun tidak membawa kemenangan, penyertaan dalam pertanding­an itu juga satu pencapaian peribadi buat saya yang masih baru di pentas peragaan,” katanya.

Pemuda berkulit sawo matang ini berkata, pembabitan­nya dalam dunia peragaan bukan kerana ingin mengejar populariti sebaliknya mahu mencungkil bakat dan potensi diri.

Katanya, tanpa mencuba perkara baru, dia tidak tahu sejauh mana kemampuann­ya dalam sesuatu bidang.

“Dulu, saya tidak tahu apa-apa mengenai kereta tetapi berusaha mempelajar­i kemahiran membaikiny­a dan alhamdulil­lah, berjaya membuka bengkel sendiri selepas beberapa tahun bekerja makan gaji.

“Kini, saya cabar diri pula untuk terbabit dalam bidang peragaan. Walaupun gementar dan kekok melakukann­ya pada peringkat awal, saya cuba belajar dan timba ilmu daripada mereka yang berpengala­man.

“Berbekalka­n pengalaman, saya kini dapat membiasaka­n diri dan perancanga­n kini adalah memperbaik­i skil peragaan di samping terus memberi tumpuan kepada bengkel.

“Jika ada peluang, saya mahu menceburi bidang lakonan kerana turut memasang impian untuk bergelar pelakon,” katanya yang mempunyai pengalaman berlakon drama bertajuk Janji Arissa.

 ??  ?? MOHMAD Aidil
Fitir berdikari sejak berumur 15 tahun.
MOHMAD Aidil Fitir berdikari sejak berumur 15 tahun.
 ??  ?? TIMBA pengalaman berharga
ketika mewakili negara dalam pertanding­an Man of The World 2018.
TIMBA pengalaman berharga ketika mewakili negara dalam pertanding­an Man of The World 2018.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia