Harian Metro

Bakti jaga mentua

- Attirmidzi­e Rahman cnews@nstp.com.my

„ Penanam sayur tidak masalah galas tanggungja­wab di samping sara tiga anak OKU

Seorang lelaki tabah menjaga bapa mentuanya yang terlantar sakit akibat lumpuh dan tiga anak orang kurang upaya (OKU) di Kampung Tendong, di sini.

Bagaimanap­un, Lau Thian Beng, 48, yang bekerja sendiri dengan menanam sayur berkata, dia tidak pernah mengeluh menggalas tanggungja­wab itu.

Lau berkata, isterinya, Amphai Awang yang juga seorang suri rumah menjadi nadi kekuatan untuknya terus mencari rezeki dengan menjual hasil tanaman walaupun tidak mendatangk­an pulangan tinggi.

“Hasil menanam sayur-sayuran dan mengambil upah kerja kampung RM50 hingga RM80 sehari digunakan untuk menyara keluarga serta bapa mentua yang sakit kronik.

“Bapa mentua, Awang Ekong, 67, tidak mampu bergerak dan hanya terlantar di rumah selepas terbabit kemalangan pada Aidilfitri ketiga lalu dan kini dia berada dalam jagaan saya sepenuhnya.

“Selain itu, saya menyara perbelanja­an lima anak yang tiga daripadany­a OKU,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Kelab Kebajikan Cina Kelantan (KCKK) di sini, semalam.

Tiga anak OKU itu adalah Lau Gek Sim, 21, dan Lau Gek Suan, 18, yang memerlukan penjagaan rapi di rumah selain seorang lagi, Lau Siew Pheing, 17, masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Mulong di dalam program pendidikan khas.

Dalam lawatan KCKK itu, mereka menyumbang­kan bekalan makanan harian dan susu khas bagi keperluan bapa mentuanya.

Pengerusi KCKK, Pui Tiong Lam berkata, pihaknya membantu keluarga terbabit sejak dua tahun lalu dengan memberi bantuan makanan namun belum mencukupi memandangk­an Awang memerlukan bantuan seperti bekalan susu khas untuk merawatnya.

“Kami menerima maklumat yang bapa mentuanya lumpuh selepas kemalangan dan kami terus membantuny­a dengan memberikan katil bagi kegunaanny­a pada peringkat awal.

“Selain pemberian itu, kami meneruskan sumbangan bekalan makanan dan kini ditambah lagi dengan bantuan susu khas namun belum mencukupi.

“Jadi diharapkan kisah Thian Beng ini membuka mata orang ramai tampil sama-sama meringanka­n bebannya untuk meneruskan kehidupan memandangk­an pendapatan hariannya juga hanya bergantung kepada hasil jualan tanaman saja,” katanya.

 ??  ?? PUI (dua kanan) melihat keadaan Awang dijaga Lau (kanan) selepas terbabit kemalangan.
PUI (dua kanan) melihat keadaan Awang dijaga Lau (kanan) selepas terbabit kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia