Harian Metro

Didakwa dera anak saudara enggan tidur

-

Kuala Lumpur: Seorang pengemis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas dua pertuduhan melakukan penderaan terhadap dua anak saudaranya sehingga menyebabka­n calar di seluruh badan, Januari lalu.

Bagaimanap­un, Dehena Bi Abdul Rahim, 19, yang juga warga Myanmar mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Hakim Mahyon Talib.

Difahamkan, tertuduh bertindak sedemikian disebabkan kedua-dua anak saudaranya enggan tidur.

Remaja yang memakai baju kurung itu mengalirka­n air mata ketika berada di dalam kandang tertuduh.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Dehena didakwa melakukan penderaan kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan masing-masing berusia tujuh dan lapan tahun sehingga menyebabka­n kecederaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah setinggan Kampung Chubadak Tambahan, Sentul di sini antara jam 9 pagi hingga jam 12 malam, Januari hingga 17 Julai lalu.

Ibu kepada dua cahaya mata itu didakwa mengikut 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya. Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, N Joy Jothi Nadrarasan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak memberikan jaminan terhadap remaja itu disebabkan tiada penjamin yang datang ke mahkamah.

Mahkamah menetapkan 30 Ogos ini untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Remaja mengalirka­n air mata ketika berda dalam kandang tertuduh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia