Harian Metro

Denda RM18,000 gagal pulang wang jemaah umrah

-

Pengarah syarikat agensi pelanconga­n dijatuhkan hukuman denda RM18,000 di Mahkamah Majistret Kemaman, di sini, semalam, kerana gagal mematuhi perintah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk memulangka­n wang enam jemaah umrah bernilai RM30,900.

Tertuduh, Alias Sulaiaman, 53, turut berdepan hukuman penjara 18 bulan lagi sekiranya dia gagal menjelaska­n denda berkenaan.

Keputusan itu dibuat Hakim Badrul Munir

Mohd Hamdy selepas tertuduh mengaku salah terhadap 12 pertuduhan mengikut Seksyen 117(1) Akta Perlindung­an Pengguna 1999 dan dibaca bersama Seksyen 143 akta sama.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dan syarikatny­a, Madain Al Taqwa Travel & Tours Sdn Bhd didakwa gagal mematuhi award TTPM bertarikh 25 November 2015 dalam tempoh 14 hari dari tarikh award diserahkan iaitu pada 6 Jun 2017.

Tertuduh serta syarikatny­a sebelum ini diperintah­kan untuk memulangka­n RM7,800 kepada pihak yang menuntut iaitu Kamarudin Yusof, 56, di Pejabat TTPM Kemaman pada 22 Jun 2017.

Selain itu, tertuduh turut berdepan 11 lagi pertuduhan sama membabitka­n lima lagi mangsa membabitka­n kerugian RM23,100.

Bagi setiap kesalahan itu, mahkamah menjatuhka­n hukuman denda RM1,500 atau tiga bulan penjara jika gagal menjelaska­n denda berkenaan.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu, Mohd Farizul Hassan Bakri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia