Harian Metro

Equanimity pulang

„ Kapal bernilai RM1 bilion dibawa ke Pelabuhan Klang diiringi PDRM

- Safeek Affendy Razali dan Nor Azizah Mokhtar cnews@nstp.com.my

Pelayaran kapal The Equanimity yang dilaporkan bernilai RM1 bilion milik ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dari Indonesia menuju ke Pelabuhan Klang, Selangor, diiringi kawalan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Difahamkan, beberapa pegawai kanan PDRM khususnya daripada Unit Marin PDRM turut berada dalam kapal berkenaan selepas diserahkan oleh pihak berkuasa Indonesia di kawasan perairan antarabang­sa Selat Singapura.

Sumber berkata, kapal dikaitkan dengan syarikat pelaburan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) itu turut diiringi kapal peronda Unit Marin PDRM, KPD Setia bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Kapal mewah itu dijangka tiba di Pelabuhan Klang, jam 11 pagi hari ini.

Kerajaan Indonesia menyerahka­n kapal berkenaan kepada Malaysia atas permintaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika kunjungann­ya ke negara berkenaan Jun lalu.

Dr Mahathir dalam kenyataan melalui akaun Facebook (FB) miliknya semalam, berterima kasih kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo dan pihak berkuasa Indonesia kerana menyerahka­n kapal The Equanimity kepada Malaysia.

“Saya ucap terima kasih kepada Indonesia kerana memberi kerjasama yang erat dengan Malaysia dan menyelesai­kan satu daripada masalah yang kita hadapi kerana kita percaya kapal ini adalah milik Kerajaan Malaysia kerana dibeli dengan duit Malaysia yang dicuri pihak tertentu.

“Kalau ada mana-mana pihak yang ingin dakwa bahawa kapal ini mereka punya, mereka boleh tunjuk bukti yang kapal ini dimiliki mereka, kita (kerajaan) ingin tahu daripada mana mereka mendapat wang yang begitu banyak untuk membeli kapal yang begitu mahal harganya,” katanya dalam satu rakaman video di laman FB miliknya, semalam.

Beliau berkata, jika pemilik kapal dapat membuktika­n pembelian itu adalah menggunaka­n wang milik mereka maka pihak berkenaan akan menerima kembali kapal terbabit daripada Kerajaan Malaysia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia