Harian Metro

‘Tempah’ maut

„ Mat rempit ditahan cabar polis, tunggang lawan arus

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@nstp.com.my

Sekumpulan mat rempit sengaja mencabar polis mengejar mereka dengan menunggang motosikal melawan arus ketika digempur dalam Op Samseng Jalanan dijalankan di sekitar ibu kota, kelmarin.

Dalam operasi bermula jam 12 tengah malam itu, tindakan sembilan remaja yang didapati menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya mengundang padah apabila ditahan polis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, remaja berusia 16 hingga 25 tahun itu ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Pemeriksaa­n mendapati dua daripada remaja yang ditahan itu turut menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu.

“Mereka menjadikan cuti hujung minggu untuk berpeleser­an di sekitar pusat bandar raya dan berlumba,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Zulkefly berkata, dalam operasi sama pihaknya mengeluark­an 360 notis saman terhadap pemilik kenderaan atas pelbagai kesalahan.

“Antara kesalahan dikenakan saman adalah tidak memiliki lesen memandu, tiada cukai jalan, nombor pendaftara­n tidak mengikut spesifikas­i dan cukai jalan tamat tempoh.

“Semua tangkapan dibawa ke Balai Polis Trafik Tun HS Lee untuk pemeriksaa­n lanjut,” katanya.

Katanya, tindakan ke atas penunggang motosikal yang gemar menunggang secara melulu dan kenderaan yang diubah suai akan dijalankan berterusan.

“Tindakan ini selaras hasrat meminimumk­an kemalangan jalan raya dalam kalangan penunggang motosikal selain memastikan peraturan jalan raya sentiasa dipatuhi,” katanya.

“Pemeriksaa­n mendapati dua daripada remaja yang ditahan itu turut menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu”

Zulkefly

 ??  ?? ANTARA mat rempit yang ditahan dalam ops samseng awal pagi semalam di sekitar ibu kota.
ANTARA mat rempit yang ditahan dalam ops samseng awal pagi semalam di sekitar ibu kota.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia