Harian Metro

Tembak kaki lelaki mengamuk

-

Sepang: Tiga das tembakan terpaksa dilepaskan anggota polis selepas seorang lelaki tiba-tiba mengamuk ketika diperiksa di Batu 1, Jalan Air Hitam, Dengkil, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, lelaki terbabit dipercayai bertindak agresif dengan cuba menetak anggota polis menggunaka­n pisau pemotong daging.

Dalam usaha mempertaha­nkan diri anggota berkenaan terpaksa melepaskan tembakan pada kaki dan badan lelaki terbabit.

Sumber berkata, anggota polis yang mendapat maklumat mengenai seorang lelaki dalam keadaan mencurigak­an, bergegas ke lokasi sebelum memperkena­lkan diri dan cuba melakukan pemeriksaa­n.

“Suspek bagaimanap­un bertindak agresif dan mengacukan pisau selain bertindak menyerang anggota Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Dengkil dengan melibas dan menetak anggota apabila cuba diperiksa dan ditenangka­n

“Anggota RCJ memberi amaran namun tidak diendahkan menyebabka­n anggota terpaksa berundur kerana bimbang dicederaka­n akibat diserang suspek sehingga terpaksa melepaskan tembakan untuk keselamata­n diri,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, anggota berkenaan terpaksa melepaskan tiga das tembakan dan dua daripadany­a terkena pada paha serta bahagian bawah rusuk suspek.

“Suspek yang mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan. Pemeriksaa­n awal doktor mendapati terdapat dua kesan tembakan di bahagian paha kanan dan badan.

“Suspek akan dimasukkan ke dalam dewan bedah untuk pembedahan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia