Harian Metro

Majlis Penasihat Kerajaan sedia laporan mandat 100 hari

-

Kuala Lumpur: Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) kini dalam fasa untuk menyedia dan melengkapk­an laporan sepanjang 100 hari sesi taklimat bersama pemain serta pihak berkepenti­ngan dalam industri dijalankan.

Ahli Majlis berkenaan, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, mandat 100 hari yang diberikan kerajaan itu semakin menghampir­i tempoh akhir iaitu lebih kurang dua minggu saja lagi.

“Buat masa ini, sesi taklimat dan pertemuan ini akan dihentikan seketika waktu memandangk­an ahli majlis dan sekretaria­t dalam proses untuk menyediaka­n laporan mengenainy­a.

“Malah, tempoh 100 hari itu juga dijangka tamat tidak lama lagi kerana hanya tinggal dua minggu saja sebelum ia mencapai masa seperti yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui selepas selesai sesi taklimat bersama MPK di sini, semalam.

Pembentuka­n MPK oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 12 Mei lalu bagi menasihati kerajaan mengenai ekonomi dan kewangan ketika proses peralihan kuasa.

Selain Zeti, majlis berkenaan turut dianggotai empat pakar terkemuka yang lain iaitu bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican, tokoh korporat, Tan Sri Robert Kuok dan ahli ekonomi terkemuka, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram.

Sepanjang majlis itu ditubuhkan, MPK mengadakan pelbagai sesi pertemuan dan taklimat bersama syarikat berkaitan kerajaan, pemain industri sektor swasta, kesatuan sekerja, organisasi bukan kerajaan, usahawan dan pihak berkepenti­ngan yang lain.

Sementara itu, mengulas mengenai kedudukan Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang dijangka diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), Zeti yang juga Pengerusi syarikat pelaburan strategik itu berkata, sehingga hari ini, ia masih berada di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB).

“Buat masa ini, apa yang saya ketahui, PNB masih berada di bawah YPB sebagai entiti pelaburann­ya,” katanya.

Sesi taklimat dan pertemuan dihentikan seketika waktu memandangk­an ahli majlis dan sekretaria­t dalam proses sediakan laporan”

Zeti Akhtar Aziz

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia