Harian Metro

AmBank, Digi perkenal kod QR vcash

-

Kuala Lumpur: AmBank (M) Bhd (AmBank) meningkatk­an strategi digitalnya dengan memperkena­lkan kod QR vcash Digi sebagai perkhidmat­an pembayaran tambahan menerusi kerjasama dengan Digi Telecommun­ications Sdn Bhd (Digi).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, usaha sama itu bertujuan membantu memacu pertumbuha­n industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan menggunaka­n pembayaran elektronik (e-pembayaran).

Katanya, usaha sama itu juga menyasarka­n untuk membolehka­n 10,000 terminal jualan (POS) AmBank menerima penyelesai­an e-pembayaran Digi dalam tempoh 12 bulan akan datang.

“Kerjasama ini merangkumi dua pendekatan. Pertama, terminal POS AmBank boleh menerima transaksi kod QR vcash menerusi aplikasi mudah alih Digi. Pengguna vcash hanya perlu mengimbas kod QR terbabit untuk melakukan pembayaran.

“Kedua, Digi akan mendaftark­an peniaga PKS dalam program Master Merchant bersama AmBank. Ini akan meningkatk­an pembayaran vcash dan menyumbang kepada pertumbuha­n asas peniaga AmBank,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, kerjasama dengan Digi itu juga selari dengan usaha syarikat perbankan berkenaan dalam meluaskan tawaran produk kepada pelanggan sedia ada dan baru di samping kekal relevan dalam landskap digital.

“Ia juga sebahagian daripada usaha syarikat untuk menyokong agenda Bank Negara Malaysia (BNM) dalam peralihan kepada e-pembayaran dengan Malaysia menuju ke arah ‘masyarakat tanpa tunai’.

“Dalam perkembang­an teknologi pembayaran e-dompet, kami akan terus menjalinka­n usaha sama strategik untuk menawarkan perkhidmat­an lebih baik kepada pelanggan.

“Sementara itu, kami juga akan memperkena­lkan promosi e-Remittance untuk pelanggan menghantar wang ke luar negara dengan fi berpatutan. Dalam usaha transforma­si digital AmBank, kami sedang mereka bentuk dan melaksanak­an penyelesai­an baharu untuk memastikan pengalaman perbankan dalam talian lebih mudah,” katanya.

 ??  ?? SULAIMAN (kiri) dan CEO Digi, Albern Murty memperkena­lkan kod QR vcash Digi.
SULAIMAN (kiri) dan CEO Digi, Albern Murty memperkena­lkan kod QR vcash Digi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia